Alhamdulillah, sekali lagi Ummah Prihatin berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama PKOKM pada beberapa hari lepas.
Majlis kali ini diadakan di MAKPEM Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, dan meriah dengan kehadiran semua yang diraikan. Kami mengambil kesempatan dalam majlis kali ini juga untuk menyampaikan sedikit sumbangan duit raya kepada mereka yang memerlukan.
Meskipun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang tiba. Tidak dilupakan, terima kasih buat para penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki dalam menjayakan majlis sumbangan ini.
Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat semua para penyumbang.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com