fbpx

Ramadan hanya datang setahun sekali. Oleh itu, kedatangannya sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.

Pada bulan inilah masing-masing berlumba untuk memperbanyakkan amal soleh dan menggandakan pahala. Masjid yang duhulunya sunyi, kini kembali meriah dengan kehadiran orang ramai untuk menunaikan solat sunat Terawih yang hanya ada pada bulan Ramadan saja.

Kuiz 1: Ramadan menjadi bulan yang paling istimewa kerana

Pada bulan Ramadan BERLAKUNYA PENURUNAN AL-QURAN, yang mana menjadi petunjuk dan rujukan kepada umat manusia sepanjang zaman.

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’; ayat 9)

Sebenarnya, ada banyak lagi keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadan.

Kuiz 2: "Allahumma innaka affuwun tuhibbul afwa fa'fuanni" adalah doa yang digalakkan untuk diamalkan pada

Seperti yang semua tahu, bulan Ramadan juga terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Namun tiada siapa yang tahu bilakah malam Lailatul Qadar ini.

Apa yang boleh kita lakukan untuk merebut kelebihan malam ini adalah dengan memperbanyakkan ibadah, lebih-lebih lagi di penghujung bulan Ramadan. Doa di atas juga sangat digalakkan untuk diamalkan pada 10 MALAM TERAKHIR.

Sekarang dah tahu kenapa Ramadan ni istimewa?

Jom kita manfaatkan bulan Ramadan ini sebaik-baiknya dan berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Semoga kita semua beroleh ganjaran dan keampunan-Nya.

Bagi anda yang inginkan perkongsian ilmu dan kuiz harian yang lebih menarik dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadan ini, anda boleh join Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada