Nabi Nuh AS adalah nabi ke-3 selepas Nabi Adam dan Nabi Idris dan keturunan yang ke-9 dari Nabi Adam.
Nabi Nuh AS juga terkenal dengan sikapnya yang fasih berbicara, bijaksana dan sabar menjalankan tugas dakwahnya.
Haa mesti ada yang sudah tahukan serba sedikit kisah yang menimpa kaum Nabi Nuh? Atau ada yang baru tahu?
Jadi apa kata jom kita semak jawapan dibawah sambil menghayati kisah perjuangan Nabi Nuh AS.
Nabi Nuh AS merupakan Rasul Ulul Azmi yang pertama. Ia menjalankan misinya selama 5 abad dan meninggal pada usia 950 tahun. Nabi Nuh AS mempunyai seorang isteri dan 4 putera.
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Nuh AS dan pengikutnya untuk membuat satu kapal besar. Namun setelah kapalnya sudah hampir siap Nabi Nuh AS mendapat dari wahyu Allah SWT iaitu
“Siap-siaplah engkau dengan perahumu , bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda dari-Ku , segeralah bawa para pengikutmu ke dalam perahu, orang-orang yang telah beriman dari kaummu dan kerabatmu serta bawalah binatang di muka bumi ini dengan pasangan-pasangan. Belayarlah dengan seizin-Ku”
Lalu kemudian sesuai dengan janji Allah SWT, menurunkan hujan lebat sehinggakan banjir selama 40 hari 40 malam.
Nabi Nuh AS bersama para pengikutnya yang beriman terselamat namun kaumnya yang syirik akibat menyembah bahala telah lemas termasuk juga isteri dan 1 anak lelaki Nabi Nuh yang tidak beriman.
• Orang yang syirik akan mendapat azab daripada Allah SWT
• Allah SWT sentiasa bersama dengan orang yang beriman
• Jangan pernah mengalah dan berhenti berusaha ketika menjalankan amanah
• Sentiasa percaya pada Allah SWT yang satu
Ujian semua manusia tidak sama, namun telah dijanjikan setiap ujian adalah mengikut kemampuan seseorang itu.
Kita haruslah sentiasa terus bersabar dan tidak menyerah walau apapun yang berlaku seperti Nabi Nuh AS.
Semoga jawapan di atas memberi manfaat dan pengajaran untuk kita semua sentiasa percaya dengan kekuasaan Allah SWT dan semoga menjadi manusia yang lebih baik.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com