fbpx

Nabi Musa merupakan Nabi dan Rasul yang ke-14. Baginda berasal dari Mesir dan berketurunan Bani Israel.

Nabi Musa juga digelar sebagai “Kalimullah” yang bermaksud orang yang diajak bercakap dengan Allah.

Baginda mempunyai badan yang sasa dan sangat kuat sehingga digambarkan tumbukan Baginda boleh menyebabkan seseorang itu mati walau hanya dengan sekali tumbukan saja. Akan tetapi, pertuturan Nabi Musa tidak berapa jelas dan gagap ketika berbicara.

Selain itu, Nabi Musa juga telah berkahwin dengan salah seorang puteri Nabi Syuaib iaitu Syafura.

Haa jom ketahui lebih lagi tentang kisah Nabi Musa!

Kuiz 1: Raja yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Musa

Pada zaman Nabi Musa, Mesir diperintah oleh seorang Raja yang dipanggil Firaun yang sangat kaya dan kejam. Oleh kerana ia tidak pernah sakit, Firaun terus menganggap dirinya sebagai Tuhan. Sehinggakan rakyat Mesir juga telah dipaksa untuk menyembahnya.

Namun pada suatu hari, Firaun telah bermimpi api marak yang datang dari Baitul Maqdis di Palestin menuju ke Mesir serta membakar semua rumah kecuali rumah kaum Bani Israel.

Sehinggakan Firaun menjadi tidak keruan dan memanggil semua ahli tilik untuk mentafsir mimpinya. Lalu ahli tilik itu mentafsir bahawa akan lahir seorang bayi lelaki berketurunan Bani Israel dan suatu hari nanti ia akan mati di tangan bayi lelaki itu.

Sejak itu, Firaun membuat undang-undang baru iaitu setiap kali Bani Israel melahirkan bayi lelaki, bayi itu mesti dibunuh.

Kuiz 2: Siapakah ibu angkat Nabi Musa?

Akan kerana ketakutan, Allah telah mengilhamkan ibu Nabi Musa untuk menyusukan bayinya sehingga kenyang lalu menghanyutkan bayi itu di sungai dan berjanji akan dipertemukan kembali ia dengan bayinya.

Takdir Allah, kotak itu hanyut sehingga ke istana Mesir lalu ditakdirkan juga yang menjumpai bayi itu adalah isteri Firaun iaitu Siti Asiah.

Apabila melihat muka bayi itu, timbulnya rasa sayang dan disebabkan mereka juga tidak mempunyai anak, isteri Firaun memutuskan untuk membelanya seperti anak sendiri. Namun Firaun tidak membenarkan kerana ia adalah anak laki-laki bahkan merupakan undang-undang baru yang telah ditetapkannya.

Akan tetapi, Siti Asiah berdegil dan Firaun juga amat cintakan isterinya, dia pun terpaksa membiarkan bayi itu membesar di istananya tanpa menyedari bahawa satu hari nanti bayi itulah yang akan menjadi musuhnya.

Kuiz 3: Mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Musa

Pada suatu hari, Nabi Musa terdengar suara yang merupakan suara dari Allah SWT sehinggakan Baginda sangat terkejut dan gementar. Lalu dengan adanya peluang emas ini, Nabi Musa pun bercakap dengan Allah SWT dengan harapan dapat berbual lama bersama Sang Penciptanya.

Setelah itu, Allah kurniakan satu mukjizat kepada Nabi Musa iaitu tongkatnya boleh berubah menjadi ular yang sangat besar dan boleh bergerak laju. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdepan dengan Firaun yang zalim agar bertaqwa kepada-Nya.

Lalu Nabi Musa dan Nabi Harun (sebagai pertutur Nabi Musa) pergi ke Mesir dan berjumpa Firaun yang cuba mencabarnya untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya dan ia bertukar menjadi ular yang sangat besar dan panjang.

Kemudian Nabi Musa berlawan pula dengan 70 ahli sihir. Namun, kesemua tongkat ahli sihir itu hanya mampu mengeluarkan ular kecil sehingga dimakan oleh ular Nabi Musa.

Melihat kejadian itu, semua ahli sihir pun menjadi takut dan berkata, “Itu bukanlah sihir! Itu sesuatu yang lain. Kuasa yang lebih agung. Kami akan mengikut ajaran Musa dan beriman dengan Tuhannya!”

Akhir sekali, hampir kesemua orang Mesir juga turut beriman kepada Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada