Pada 4 Disember 2022, kami telah mengadakan kelas Pengajian untuk kali ke-2. Alhamdulillah, seramai 35 orang telah menyertai kelas ini.
Selain itu, mereka juga telah menerima saudara mualaf yang baru sahaja beberapa bulan memeluk Islam. Guru yang mengajar Al-Quran, Iqra’ serta tauhid pada minggu ini adalah Ustaz Zakiyuddin Mohd Razali.
Di samping itu, komitmen yang diberikan oleh setiap pelajar sangat baik dan positif sekali. Kami berharap dengan adanya kelas ini, boleh melahirkan muslim yang celik dan suka membaca Al-Quran.
Kami juga mengalu-alukan sumbangan dan infaq dari Tuan Puan, agar kami boleh terus menyampaikan dan menyebarkan dakwah dengan lebih luas lagi.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com