Alhamdulillah, pada 11 Disember lalu Ummah Prihatin berjaya mengadakan satu karnival dengan anjuran bersama Surau Al-Hijrah, Chowkit. Karnival Ummah Prihatin ini berjalan lancar seperti apa yang telah dirancang.
Ramai yang hadir bagi turut sama memeriahkan lagi karnival ini bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Semestinya terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan, program sumbangan kepada asnaf, sumbangan goodies kepada kanak-kanak, pertandingan mewarna serta penyampaian hadiah, dan yang paling dinanti-nantikan semua adalah jamuan makan.
Melihat kepada sambutan baik orang ramai terhadap karnival ini, semoga ianya dapat dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang. InsyaAllah! Akhir sekali, kami dari Ummah Prihatin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Teruskan sokongan anda bersama dengan kami!
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com