Sedekah Muslim telah diasaskan oleh CEO Yuuki Global SDN BHD, Tuan Muhammad Afiq Ikhwan bin Nor Apandi. Sedekah Muslim ditubuhkan dengan matlamat misi yang jelas iaitu sebagai medium servis Crowdfunding atau inisiatif buat klien yang ingin mendapatkan dana dalam menjalankan kerja kebajikan untuk membantu golongan susah dan memerlukan. Platform ini juga merupakan satu saluran bagi memudahkan para penyumbang untuk bersedekah.