Syukran Jazilan kerana masih sudi membantu anak-anak Tahfiz Darul Quran.

Sumbangan anda kepada mereka memberi banyak kebaikan yang berguna, tanpa bantuan dari anda segala apa yang dirancang tidak akan berjalan dengan lancar.

Dalam Islam digalakkan untuk sentiasa berkongsi tidak kira apa pun baik dari segi wang mahupun harta benda.

Walau sekecil benda yang kita kongsikan kepada sesiapa pun akan tetap dipandang tinggi kerana akan dianggap sebagai seorang yang pemurah kerana sentiasa bersikap ingin memberi.

Tetaplah berkongsi kerana apabila kita memberi disaat hati berasa sangat kedekut itulah sebaik-baik amalan.

KENALI KAMI

PERKEMAT

Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) merupakan sebuah badan bukan kerajaan, Non-Govermental Organisation (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1984. Persatuan ini diuruskan oleh barisan pimpinan mahasiswa Darul Quran Jakim dengan kerjasama baik daripada pihak pentadbiran kampus.Penubuhan persatuan ini pada awalnya bertujuan membantu menguruskan pelajar-
pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Timur Tengah.

Namun demikian, persatuan ini dilihat berpotensi besar dalam arena dakwah sekaligus fungsi persatuan ini telah diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kerelevenan dan berdasarkan kondisi semasa.

 

TAJAAN ATAU SUMBANGAN YANG BIASA DIPEROLEH

Kebiasaannya, tajaan diperolehi dari pihak syarikat, masjid dan juga infaq ataupun sumbangan daripada orang ramai.

Pelajar disini juga datang dari pelbagai latar belakang, ada yang tidak cukup wang ringgit untuk melanjutkan pengajian disini.

Dengan rasa rendah hatinya, kami ingin mengajak tuan puan yang pemurah untuk
sama-sama turut serta dalam memberi sumbangan kepada pelajar Asnaf yang memerlukan.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU MEREKA SECARA BERTERUSAN ?

Demi kemudahan penyumbang ,kami menyediakan medium sumbangan secara automatik yang dikenali sebagai InfaqPay.

Transaksi sumbangan melalui InfaqPay boleh dilakukan secara berkala dan ditetapkan secara automatik. Anda boleh memilih ketetapan sumbangan sumbangan anda untuk ditolak terus daripada akaun bank pilihan anda (auto-debit) dengan jumlah yang anda tetapkan sendiri. Jom kita daftar untuk menyumbang melalui infaqpay dengan klik link di bawah

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada