Nak dekat-dekat raya ni, pasti ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran anda. Satunya mestilah berkenaan dengan ibadah korban kan?
Maklumlah, ibadah sekali setahun! Mungkin ada yang terlupa, ada yang keliru dan sebagainya.
Jadi apa kata kami kongsikan kepada anda tentang sedikit perbezaan antara ibadah korban dan aqiqah, serta seterusnya yang mana patut kita dahulukan.
Kuiz 1: Beza ibadah korban dan aqiqah
Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing dan sebagainya pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah), iaitu selepas solat sunat hari raya.
Sembelihan itu adalah sehingga berakhirnya hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ini menjadikan waktu sembelihan korban itu selama empat hari.
Tujuan melaksanakan ibadah korban adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Manakala aqiqah pula bermaksud menyembelih binatang tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur rambutnya dan diberi nama untuk anak tersebut. Ia disunatkan untuk dilakukan pada hari ketujuh setelah kelahiran bayi.
Kuiz 2: Hukum ibadah korban dan aqiqah
Hukum melaksanakan ibadah korban dan aqiqah adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut terutamanya bagi yang berkemampuan.
Kuiz 3: Antara ibadah korban dan aqiqah, mana yang perlu didahulukan?
Ibadah korban dan aqiqah tidak saling berhubungan antara satu sama lain. Cumanya ia menjadi suatu isu atau persoalan bila mana hari ketujuh kelahiran bayi secara kebetulannya jatuh pada hari raya Aidiladha atau hari-hari tasyrik.
Jadi mana yang perlu didahulukan dulu, ibadah korban atau aqiqah?
Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa lebih baik untuk melaksanakan ibadah korban terlebih dahulu. Ini kerana waktu pelaksanaan ibadah korban hanyalah setahun sekali saja, sedangkan aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Sekarang anda dah jelas? Harapnya dengan sedikit perkongsian di atas ini dapat memberi manfaat pada anda semua.
Jika inginkan perkongsian yang lebih menarik setiap hari, anda boleh terus join Channel Telegram SedekahMuslim.com