fbpx
sumbangan-kembali-ke-sekolah-3

Anjuran Bersama Ummah Prihatin dan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) Pusat Rukun Tetangga Daerah Brickfields 19 Mac 2022 Pada Februari lepas, kempen Sumbangan Kembali ke Sekolah Ummah Prihatin telah dimulakan dengan tujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

Program tersebut telah menarik perhatian orang ramai untuk memberi bantuan dan sumbangan. Justeru, kami dari Ummah Prihatin bersama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) telah menganjurkan Majlis Sumbangan Kembali ke Sekolah (Back to School) yang bertempat di Pusat Rukun Tetangga Daerah Brickfields pada Sabtu lepas.

Para penerima telah hadir untuk menerima sumbangan dari segi wang tunai, barang keperluan persekolahan seperti beg sekolah dan sebagainya. Dengan sumbangan yang diberikan ini, kami mengharapkan agar anak-anak akan lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan nanti, serta dapat meringankan beban ibu bapa terutamanya daripada golongan asnaf dan OKU.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan pada kempen Kembali ke Sekolah kali ini. Berkat keikhlasan anda, anak-anak ini dapat kembali ke sekolah dengan perasaan teruja.

sumbangan-kembali-ke-sekolah-3
sumbangan-kembali-ke-sekolah-2
sumbangan-kembali-ke-sekolah-1

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Ummah Prihatin membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada