Sumbangan Makanan Tengahari untuk Pelajar Tahfiz An Habbah, Batu Caves, Selangor (18 November 2021) Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami dari PERKIM Datuk Keramat amat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki bersama pelajar dari Tahfiz Al Habbah, Batu Caves Selangor.
Nasi briyani ayam menjadi menu hidangan tengah hari yang istimewa buat pelajar-pelajar ini. Sejumlah 90 orang penghuni tahfiz yang disertai pelajar, kakitangan dan tenaga pelajar yang bertugas. Terima kasih kepada para perderma yang menyumbang, semoga menjadi saham pahala dari para pelajar yang berada di medan ilmu yang juga sedang berjuang Fi Sabilillah bersama pergajian tahfiz Al Quran sepenuh masa.
Kami juga mengharapkan para pelajar dan mudir mendoakan agar segala amal ibadah kita diterima di sisi Allah SWT, mendapat keredhaan Nya serta rezeki yang sentiasa melimpah dan berpanjangan.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com