Dalam tempoh PKP ini, kami mengambil sedikit kesempatan berjumpa dan menyampaikan sumbangan berbentuk pack makanan untuk barisan hadapan di Hospital Shah Alam. Seperti yang kita tahu, barisan hadapan ini tidak putus menerima pesakit sejak kes meningkat hari demi hari. Mereka terdedah dengan risiko jangkitan yang jauh lebih tinggi berbanding orang awam. Namun mereka tetap teguh dalam memberikan rawatan kepada pesakit.
Ada sebahagian mereka yang keletihan akibat bebanan tugas yang kian bertambah. Ada juga yang terpaksa kerja lebih masa dgn melakukan double shift atas faktor yang lainnya. Justeru itu, mereka memerlukan sokongan moral agar mereka tidak jatuh sakit ketika melaksanakan tugasan. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat menyuntik semangat mereka dan mereka berasa lebih dihargai. Jika tuan puan ingin turut serta dalam menyumbang, tuan puan boleh menghubungi pihak kami. Ust ubid +601119404048 Pemuda Prihatin Selangor Maybank 562106636134
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com