Raya makin dekat ni, kalau belum bayar risau-risau kita tak sempat pula jalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam menunaikan zakat. Sebelum tu, apa kata kita jelaskan lagi kefahaman tentang zakat yang kita buat dalam tempoh ramadan ini.
Kuiz 1 : Zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadan?
Pada bulan Ramadan, semua umat Islam difardhukan untuk mengeluarkan zakat fitrah bertujuan untuk membersihkan dan menyucikan jiwa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya membantu golongan fakir dan miskin melakukan persiapan menyambut perayaan. Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Kuiz 2: Syarat wajib zakat
Sebelum kita menunaikan zakat fitrah ini, cuba kita lihat dahulu syarat-syarat wajib yang perlu kita penuhi bagi memastikan zakat yg kita lakukan itu sah dan diterima.
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Jadi, ada beberapa pengecualian bagi beberapa orang yang tidak wajib membayar zakat.
Kuiz 3: Waktu membayar zakat
Dalam kita sibuk dengan kehidupan sepanjang bulan Ramadan ini, pastikan kita ada masa untuk menunaikan pembayaran zakat. Hal ini kerana ada berlainan hukum pada waktu tertentu, iaitu:
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Haa, dah lebih jelas belum tu? Semoga dalam kita menunaikan zakat ini, kita sedikit sebanyak mempunyai ilmu berkaitannya.
Jika anda ingin lebih lagi kuiz-kuiz yang menarik boleh terus ke link channel SedekahMuslim.com