Kuiz – Sedekah Muslim https://sedekahmuslim.com Mari Bersama Menyumbang Thu, 10 Nov 2022 09:33:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 https://sedekahmuslim.com/wp-content/uploads/2022/04/cropped-Icon-Logo-32x32.jpeg Kuiz – Sedekah Muslim https://sedekahmuslim.com 32 32 Siapa Sultan Muhammad Al-Fateh? https://sedekahmuslim.com/2022/11/10/siapa-sultan-muhammad-al-fateh/ https://sedekahmuslim.com/2022/11/10/siapa-sultan-muhammad-al-fateh/#respond Thu, 10 Nov 2022 09:25:04 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=12596

Mesti ramai yang dah pernah dengar nama ni kan? Tapi tak semua tahu tentang kisah Muhammad Al-Fateh. Apa kata kita telusuri serba sedikit kisahnya pada artikel kali ini.

Kuiz 1: Nama lain Sultan Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Al-Fateh juga dikenali sebagai Sultan Muhammad II. Beliau merupakan seorang tokoh pejuang Islam yang sangat disegani. Beliau menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turki.

Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya ialah Sultan Murad II yang merupakan seorang yang handal dalam perang jihad, serta mempunyai wawasan yang hebat. Oleh itu, beliau telah berjaya memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya.

Sultan Muhammad Al-Fateh menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu agama, politik, seni tempur, ilmu peperangan, tasawuf dan lain-lain. Kecerdasannya memang tidak boleh disangkal lagi kerana beliau juga turut berkebolehan dalam pelbagai bahasa. Antaranya bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia.

Kuiz 2: Asal-usul gelaran ‘Al-Fateh’

Beliau mendapat gelaran Al-Fateh kerana kejayaannya dalam membuka dan menakluk Konstantinopel. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Konstantinopel akan ditakluk oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Haa selepas mendengar hadis itu, ramai tokoh dan tentera Islam cuba untuk menakluki Kota Konstantinopel. Konstantinopel ni sebenarnya adalah nama lama bagi Istanbul. Siapa baru tahu?

Ketika Muhammad Al-Fateh masih kecil, ada yang berkata kepada Sultan Murad (ayahandanya) bahawa bukan Baginda yang akan menguasai Konstantinopel, sebaliknya anaknya itu.

Seterusnya, ketika zaman belasan tahun, Muhammad Al-Fateh telah mula memegang jawatan sebagai pemerintah daulah Islam bagi menggantikan ayahandanya yang mempunyai urusan di luar kerajaan. Pada usianya 19 tahun pula, barulah secara rasminya beliau menjawat jawatan sebagai khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

Kuiz 3: Sifat terkenal Sultan Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Al-Fateh terkenal dengan sifat kepimpinan dan ketenteraan yang hebat. Walaupun sibuk dengan urusan ketenteraan, namun beliau tidak pernah lalai dalam ibadahnya.

Sebelum bertindak menakluk Konstantinopel, beliau juga telah membuat persediaan yang rapi. Beliau banyak mengkaji dan belajar dari sejarah kegagalan tentera Islam terdahulu.

Kota Konstantinopel dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki ini sangat kebal. Justeru, untuk menawan kota Konstatinopel ini, beliau perlu cekap dan bijak dalam menyusun strategi supaya tentera Islam tidak bertindak melulu tanpa arah tuju.

Setelah itu, beliau dan tentera Islam pon tiba di Konstantinopel untuk menaklukinya. Mereka menghujani kota itu selama 48 hari dengan tembakan meriam, namun ia tidak berhasil menumbangkannya.

Pihak musuh pula memperkukuhkan pertahanan dengan bantuan luar dan menyebabkan tentera Islam kehabisan ikhtiar. Namun begitu, ia tidak berhenti di situ. Sultan Muhammad Al-Fateh tetap meneruskan perjuangan sehinggalah mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu itu.

Akhirnya, pada 29 Mei 1453, kota Konstantinopel telah jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Meskipun Sultan Muhammad Al-Fateh telah wafat, namun namanya masih lagi menjadi sebutan umat Islam hari ini. Keperibadian Muhammad Al-Fateh perlu dicontohi demi membawa panji Islam ke mercu kegemilangan. Satu aspek perlu dititikberatkan, khususnya kepada para pemimpin ialah keutamaan dalam mementingkan urusan agama berbanding yang lain.

Semoga pemimpin kita juga mempunyai nilai besar seperti Sultan Muhammad Al-Fateh ini. Sebagai rakyat pula, buatlah pilihan yang bijak dalam memilih pemimpin untuk masa depan negara! 

Haa bagi anda yang inginkan perkongsian menarik setiap hari, jom sertai Channel Telegram SedekahMuslim.com

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/11/10/siapa-sultan-muhammad-al-fateh/feed/ 0
Kenapa Khawla Al-Azwar dikenali sebagai Bidadari Besi? https://sedekahmuslim.com/2022/11/03/kenapa-khawla-al-azwar-dikenali-sebagai-bidadari-besi/ https://sedekahmuslim.com/2022/11/03/kenapa-khawla-al-azwar-dikenali-sebagai-bidadari-besi/#respond Thu, 03 Nov 2022 06:57:00 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=12227

Semua mesti tahu tentang kisah mulan yang menyamar sebagai lelaki ketika berperang kan?

Tahu tak, dalam sejarah Islam juga ada kisah sebegitu. Iaitu kisah dari seorang wanita muslimah yang bernama Khawla Al-Azwar.

Beliau adalah seorang wanita yang hidup pada zaman para sahabat Rasulullah SAW.

Kalau ada yang belum dengar kisah tentang “Bidadari Besi” yang penuh berani ini, haa jom kami kongsikan!

Kuiz 1 : Kemahiran Khawla Al-Azwar

Beliau memiliki penampilan tubuh yang tinggi lampai dan tegap.

Minat Khawla agak berbeza dengan wanita lain, dimana sejak kecil lagi beliau sudah mahir bermain pedang dan tombak.

Selain itu, Khawla juga mewarisi teknik bertempur dari ayahnya sendiri yang bernama Al-Azwar. Khawla merupakan adik kepada Dhiraar Al-Azwar yang memiliki tahap kehandalan yang agak hebat semasa berada di medan perang.

Ketangkasan Khawla telah mengangkat namanya sebagai wanita mujahidah. Ini kerana beliau sangat pandai berperang menggunakan senjata dan berkuda.

Khawla benar-benar ingin memanfaatkan segala ilmu peperangan yang diperturunkan oleh ayahnya. Maka Rasulullah SAW sendiri telah memberi izin untuk Khawla ikut berperang bersama angkatan tentera Islam yang lain.

Kuiz 2 : Perang pertama yang menjadi saksi kehebatan Khawla Al-Azwar

Perang Yarmuk menjadi saksi di mana Khawla berperang dengan penuh tangkas dan berani.  Peperangan tersebut turut melibatkan pejuang wanita Islam dan beliau adalah pemimpin untuk kaum wanita ini.

Namun Dhiraar Al-Azwar telah ditawan oleh pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah lalu memerintahkan pasukannya untuk segera ikut membebaskan Dhiraar.

Mendengar abangnya ditawan, Khawlah terus menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed. Beliau tampil dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng.

Tanpa ada rasa gentar Khawla terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat.

Namun kehadiran perajurit bertopeng itu mengejutkan pasukan Romawi.

Panglima Khalid begitu kagum dan berasa hairan. “Siapakah perajurit bertopeng itu?”

Ketika ditanya, perajurit bertopeng itu mengelak tetapi Khalid terus mendesak. Akhirnya, rahsia terbongkar.

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.”

“Aku adalah Khawla binti Al-Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka Aku pun menaiki kuda dan melakukan seperti yang dilihat.”

Kuiz 3: Kehadiran Khawla membuatkan tentera Islam menjadi ...

Khalid Al-Waleed terkejut apabila mendapati Khawla adalah wanita menyebabkan dirinya berasa sangat hairan.

Sehinggakan tertanya-tanya, “Mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih, hanya untuk menyelamatkan tawanan perang?”

Namun sejak itu, Panglima Khalid Al-Waleed terus bersumpah ingin menyelamatkan Dhiraar dengan apa jua cara sekalipun.

Kehadiran Khawla menyebabkan para pejuang Islam kembali bersemangat untuk terus berperang. Peperangan Yarmuk yang hampir dimenangi oleh pihak Romawi juga telah mula bertukar.

Akhir sekali, kemenangan telah berpihak kepada pasukan Arab yang dibantu oleh pasukan Khawla Al-Azwar.

Serta berjaya membebaskan Dhiraar daripada tawanan Romawi.

Itulah serba sedikit kisah Khawla Al-Azwar yang banyak berjasa untuk Islam. Lebih-lebih lagi kehadiran Khawla telah membuktikan bahawa wanita juga kuat dan amat penting untuk berada di sisi kaum Adam.

Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada para wanita muslimah di luar sana!

Kalau nak dapatkan pengisian yang menarik setiap hari, jom sertai Channel Telegram SedekahMuslim.com

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/11/03/kenapa-khawla-al-azwar-dikenali-sebagai-bidadari-besi/feed/ 0
Tahu Tak Perang Pertama Yang Nabi Muhammad SAW Sertai? https://sedekahmuslim.com/2022/10/27/tahu-tak-perang-pertama-yang-nabi-muhammad-saw-sertai/ https://sedekahmuslim.com/2022/10/27/tahu-tak-perang-pertama-yang-nabi-muhammad-saw-sertai/#respond Thu, 27 Oct 2022 06:16:16 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=12061

Mesti ramai yang menanti-nantikan kisah Nabi Muhammad ni? 🤭

Mana taknya, Nabi Muhammad adalah Nabi yang terakhir dan kita juga termasuk dalam umat di bawah Nabi Muhammad SAW.

Sayang lah kalau kita ni termasuk dalam umat Nabi Muhammad tapi belum cukup kenal dengan Nabi sendiri.

Oleh itu, jom sama-sama kita mengenali Nabi Muhammad SAW.

Kuiz 1: Peperangan pertama Rasulullah ketika muda

Ketika Rasulullah berusia 20 tahun, Rasulullah pernah mengikuti satu peperangan yang bernama Perang Fijar.

Perang Fijar adalah perang yang terjadi antara Bani Kinanah melawan kabilah Qais dan ‘Aylan dari Bani Hawazin.

Perang Fijar itu bermula dengan adanya perkelahian antara dua pemuda. Seorang pemuda yang bernama ‘Urwa Ar Rahlal bin ‘Utbah dari Bani Hawazin telah dibunuh oleh seorang pemuda yang bernama Barradz bin Qais dari Bani Kinanah yang ada sangkut-paut keteturunan dengan Bani Quraisy di Pekan ‘Ukaz.

Apabila ‘Urwah (Humazin) melintasi jalan Najd ke Hijaz, beliau diikuti oleh Barradz (Kinanah) dari belakang. Kemudian, ‘Uwah di bunuh oleh Barradz dan perdagangan itu dirampas olehnya.

Fijar bermaksud “derhaka” yakni penderhakaan dan pencabulan perjanjian di bulan suci. Lebih tegas, Perang Fijar itu terjadi demi memerangi penderhaka yang melanggar perjanjian yang telah dipersetujui oleh semua puak di sekitar Tanah Arab itu.

Nabi SAW menyertai perang Fijar itu setelah diajak oleh bapa-bapa saudara Baginda yang turut serta dalam perang itu. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW masih berusia 15 tahun. Baginda menyertai Perang Fijar sehingga baginda berusia 20 tahun.

Ada ulama yang mengatakan Nabi SAW menyertai perang dengan hanya mengutip dan mengumpulkan anak panah yang datang dari pihak musuh. Baginda menyerahkan anak panah itu kepada bapa-bapa saudaranya untuk dilepaskan kembali ke pihak lawan. Mungkin kata-kata ulama itu ada benarnya. Kerana di peringkat awal perang itu Baginda hanya disuruh sedemikian. Tetapi bila Baginda semakin matang, Baginda juga turut sama untuk menyerang dan memanah ke arah musuhnya pula.

Nabi SAW pernah menyatakan selepas beberapa tahun Baginda diangkat menjadi Rasul dengan sabdanya:

“Sesungguhnya aku menyertainya (Perang Fijar) bersama bapa saudaraku. Dan aku turut melepaskan panah dalam peperangan itu dan aku tidak suka sekiranya aku tidak melakukannya.”

Dalam riwayat lain Baginda bersabda:

“Aku melepaskan anak panah bapa saudaraku akan anak panah musuh mereka (para musuh) melepaskan kepada mereka (para bapa saudaraku) dengan anak panah itu.”

Begitulah, Nabi yang dibesarkan dengan segala pengalaman yang menjadikan Baginda sebagai lelaki yang sempurna.

Kuiz 2: Dakwah Rasulullah di Mekah dan Madinah

Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul Allah ketika berusia 40 tahun dimana turunnya wahyu pertama melalui malaikat Jibril di Gua Hira’.

Saat itu, bermulalah perjalanan dakwah Rasulullah SAW selama 23 tahun dengan penuh sabar dan penuh rintangan.

Dalam tempoh 23 tahun kerasulannya, 13 tahun itu juga Rasulullah berdakwah di kota Mekah. Sedangkan 10 tahun sisanya dihabiskan dengan berdakwah di Kota Madinah.

Kuiz 3: Khutbah Rasulullah yang terakhir

Khutbah terakhir merujuk kepada ucapan terakhir Nabi Muhammad kepada pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad.

Khutbah ini berlaku pada peristiwa Haji Wida’ Muhammad iaitu 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

Berikut adalah kandungan penuh khutbah Rasulullah SAW:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Bila kita hayati betul-betul kandungan khutbah tersebut, sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada hati untuk menjadi kaum muslim yang lebih baik.

Semoga dengan perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.

In syaa Allah, jika anda tidak ingin terlepas ilmu-ilmu yang bermanfaat, anda boleh terus klik link ini https://t.me/sedekahmuslim

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/10/27/tahu-tak-perang-pertama-yang-nabi-muhammad-saw-sertai/feed/ 0
Bagaimana Nabi Isa boleh dilahirkan tanpa bapa? https://sedekahmuslim.com/2022/10/20/bagaimana-nabi-isa-boleh-dilahirkan-tanpa-bapa/ https://sedekahmuslim.com/2022/10/20/bagaimana-nabi-isa-boleh-dilahirkan-tanpa-bapa/#respond Thu, 20 Oct 2022 06:13:31 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=11971

Nabi Isa Alaihissalam merupakan Rasul dan Nabi yang ke-24.

Baginda juga salah satu Nabi yang tergolong dalam Ulul Azmi, yakni Nabi dan Rasul yang memiliki kedudukan tinggi atau istimewa bersama dengan Nabi Muhammad SAW, Ibrahim AS, Musa AS dan Nuh AS.

Kisah hidup dan sirah tentang Nabi Isa banyak terkandung di dalam Al-Quran antaranya seperti Surah Maryam, Ali Imran dan An-Nisa.

Jom ketahui kisah baginda yang penuh dengan keajaiban di artikel ini!

Kuiz 1. Siapakah Ibu Nabi Isa?

Kelahiran baginda terjadi dengan keajaiban iaitu Nabi Isa terlahir daripada perut seorang wanita yang perawan, suci dan tiada suami iaitu bernama Siti Maryam.

Maryam merupakan anak perempuan dari lelaki pilihan Allah bernama Imran dari keturunan Bani Israil (anak-anak Nabi Yakub).

Kisah ini disingkap dari Surah Al-Imran. Pada suatu malam, malaikat Jibril diutuskan Allah untuk bertemu Maryam dimihrabnya.

Malaikat Jibril itu pun menyampaikan berita bahawa Maryam akan mengandung dan bakal melahirkan Al-Masih Isa.

Namun, Maryam kebingungan kerana mana mungkin wanita sepertinya akan mengandung walhal dia tidak pernah disentuh oleh lelaki. Jibril membalas, jika Allah berkata jadi, maka jadilah. Lalu, Jibril meniupkan roh Nabi Isa As kedalam rahim Maryam.

Maka Nabi Isa pun dilahirkan dibawah pokok Kurma di daerah berhampiran Baitul Maqdis, Palestin.

Oleh disebabkan itu, Maryam juga telah difitnah sebagai penzina oleh penduduknya, namun ia tetap sabar.

Kuiz 2. Yang manakah merupakan mukjizat Nabi Isa AS?

Nabi Isa juga dikurniakan beberapa mukjizat, antaranya :

1.Menghidupkan yang mati”

Dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah.” ( Al-Imran: 49).

2. Boleh bercakap ketika bayi

Mukjizat pertama Nabi Isa AS adalah mampu bicara saat masih bayi.

Ia diberikan mukjizat ini untuk melindungi ibunya, Siti Maryam dari fitnah lingkungan sekitar.

3. Menyembuhkan yang buta dan penyakit kusta

Nabi Isa As dapat menyembuhkan orang yang buta sama ada yang buta sejak lahir lagi atau mereka yang buta selepas diberikan kesihatan mata dengan izin Allah.

“Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku.” (Al-Ma’idah : 110).

4. Menciptakan burung hidup

Mukjizat ini boleh disaksikan masyarakat atas izin Allah SWT.

“Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah.” (Al-Imran : 49).

5. Kitab Injil

Nabi Isa as diberikan kitab Injil sebagai hujjah atas kenabiannya.

“Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi.” (Al-Maryam: 30)

KUIZ 3. Nabi Isa ditugaskan untuk membunuh?

Nabi Isa berdakwah kepada kaum Yahudi di wilayah Nazareth, namun baginda tidak disenangi golongan Sadduce iaitu salah satu puak Yahudi.

Baginda akhirnya dihukum bunuh oleh pemerintah Palestin ketika itu yang majoriti penduduknya mahukan Nabi Isa dibunuh.

Namun, ketika hendak disalib, Allah menunjukkan kekuasaanya dengan menggantikan baginda dengan Judas Iskariot yakni golongan Hawariyyun yang membelot.

Bahkan Allah telah mengangkat dan menyelamatkan Nabi Isa dengan mengangkatnya ke langit.

Perjalanan dakwah Nabi Isa diteruskan oleh golongan Hawariyyun yang taat selama 500 tahun sehingga lahirnya nabi terakhir iaitu Muhammad SAW.

Menurut tafsir Ibnu Kathir tentang peristiwa akhir zaman, ulama menafsirkan bahawa sesungguhnya apabila Nabi Isa turun ke bumi, baginda akan mengejar dajjal serta tentera-tenteranya lalu membunuh Dajjal.

“Demi Rabb yang jiwaku berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kalian (Isa) Ibnu Maryam AS sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah (pajak), dan akan melimpah ruah harta benda sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya”

(Sahih HR Abu Dawud, Ibnu Hibban dan Ahmad).

Namun, hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

Jika inginkan lagi ilmu-ilmu yang menarik, boleh terus klik link Channel Telegram Sedekah Muslim👉 https://t.me/sedekahmuslim

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/10/20/bagaimana-nabi-isa-boleh-dilahirkan-tanpa-bapa/feed/ 0
Kenapa Nabi Yahya Mati Dibunuh? https://sedekahmuslim.com/2022/10/13/kenapa-nabi-yahya-mati-dibunuh/ https://sedekahmuslim.com/2022/10/13/kenapa-nabi-yahya-mati-dibunuh/#respond Thu, 13 Oct 2022 04:09:36 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=11755

Bila kita sebut kisah Nabi Yahya, mesti ramai yang belum tahu kan kisah penuhnya.

Tahu tak bahawa Nabi Yahya seorang yang sangat berani dan tegas dalam berdakwah hingga akhirnya Nabi Yahya dibunuh sendiri oleh raja di tempatnya?

Kalau nak tahu kisah penuh Nabi Yahya, jom baca sampai habis.

Kuiz 1: Bapa Nabi Yahya

Nabi Yahya Alaihissalam merupakan anak lelaki tunggal Nabi Zakaria Alaihissalam. Kelahiran Nabi Yahya merupakan suatu kelahiran yang amat dinanti-nantikan setelah lama ditunggu oleh Nabi Zakaria dan isterinya.

Ketika Nabi Yahya dilahirkan, Nabi Zakaria ketika itu mencecah umur hampir 90 tahun. Walaupun ia sesuatu yang hampir kurang dipercayai, tetapi kehendak Allah melebihi segalanya.

Kuiz 2: Anugerah yang diberikan kepada Nabi Yahya

Kelebihan dan keistimewaan Nabi Yahya dilakar di dalam Al-Quran adalah kerana kesungguhan dan kebijaksanaan beliau dalam mendalami dan menguasai kitab Taurat.

Beliau amat bersungguh-sungguh dalam mempelajari kitab taurat untuk mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Keilmuan Nabi Yahya terbukti apabila diberikan penguasaan untuk memahami Kitab Taurat sejak kanak-kanak lagi. Sesetengah ulama berkata, Nabi Yahya mengambil masa hanya tujuh tahun menguasai Kitab Taurat yang diwarisi daripada ayahandanya.

Kuiz 3: Raja Herodes membunuh Nabi Yahya

Perjuangan Nabi Yahya dan para rasul semestinya tidak lari dari ujian yang begitu hebat dari Allah. Dilakarkan bahawa akhir riwayat hidup Nabi Yahya telah dibunuh oleh seorang Raja negeri Romawi yang bernama Raja Herodes.

Dikisahkan bahawa Raja Herodes berhasrat untuk menikahi seorang wanita yang menawan dan merupakan anak perempuan tirinya yang bernama Herodia. Hasratnya telah diketahui oleh Nabi Yahya lalu Baginda AS melarang hasratnya itu kerana perbuatan menikahi anak tiri hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan hukum Taurat.

Akibat marah hasratnya terhalang, Herodia telah meminta Raja Herodes untuk memenggal kepala Nabi Yahya. Raja Herodes pun menuruti permintaan kekasihnya lalu mengarahkan pasukannya untuk menangkap Nabi Yahya. Akhirnya Nabi Yahya telah ditangkap dan dipenjarakan sebelum kepalanya dipancung.

Walaupun Nabi Yahya dibunuh, Nabi Yahya tetap bertekad untuk memperjuangkan syariat dan dakwahnya demi agama Allah SWT.

Begitulah serba ringkas kisah Nabi Yahya Alaihissalam. Semoga kita yang membacanya juga mengambil iktibar dan pengajaran melalui kisah ini.

Jika ingin lagi tahu tentang ilmu-ilmu yang menarik, boleh terus klik link Channel Telegram Sedekah Muslim di sebelah untuk mendapatkan lebih banyak input 👉 https://t.me/sedekahmuslim

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/10/13/kenapa-nabi-yahya-mati-dibunuh/feed/ 0
Betul ke Isteri Nabi Zakaria mengandung? https://sedekahmuslim.com/2022/10/06/betul-ke-isteri-nabi-zakaria-mengandung/ https://sedekahmuslim.com/2022/10/06/betul-ke-isteri-nabi-zakaria-mengandung/#respond Thu, 06 Oct 2022 06:36:16 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=11539

Zakaria merupakan Nabi dan Rasul yang ke-22. Baginda juga adalah keturunan dari Nabi Sulaiman AS.

Nabi Zakaria adalah salah seorang nabi yang diutus di kalangan Bani Israil.

Kisah Nabi Zakaria cukup banyak diceritakan dalam Al- Qur’an. Nama baginda disebut sebanyak tiga belas kali.

Ayuh kita rungkaikan serba sedikit tentang kisah Nabi Zakaria.

KUIZ 1. Siapakah bayi perempuan yang dijaga Nabi Zakaria?

Baginda merupakan biras kepada Imran, seorang sheikh yang sangat alim dan selalu mengimamkan solat di Baitul Maqdis. Isteri mereka merupakan adik beradik.

Pada suatu hari, Isteri Imran telah melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Maryam. Namun bapanya, Imran telah meninggal dunia saat anaknya masih dalam kandungan. Maka Maryam pun dilahirkan sebagai anak yatim.

Oleh kerana itu, beberapa orang alim juga berdebat untuk mendapat hak penjagaan Maryam. Lalu Nabi Zakaria berkata, “Tentulah aku yang paling layak menjaganya kerana aku bapa saudaranya”.

Mereka berasa tidak adil. Lalu mereka membuat cabutan dengan meletakkan pen mereka ke dalam sebuah bekas kemudian memanggil seorang budak untuk mengambil satu pen.

Setelah beberapa kali cubaan serta dengan kuasa Allah juga, pen nabi Zakaria telah tiga kali menang. Maka baginda lah yang berhak menjaga Maryam.

Maryam membesar di mihrab sebagai seorang anak perempuan yang sangat alim, baik, suci, dan sentiasa dikasihi oleh Allah.

KUIZ 2. Mengapa Nabi Zakaria tidak boleh memiliki anak?

Meskipun sudah berkahwin bertahun-tahun, namun mereka belum lagi dikurniakan seorang cahaya mata. Ini juga kerana Isteri Nabi Zakaria mandul.

Baginda sangat menginginkan seorang anak lelaki bagi melanjutkan tugas dakwahnya. Semakin hari semakin kuat juga hasratnya untuk memiliki anak.

Setiap hari Nabi Zakaria tekun beribadah dan berdoa kepada Allah SWT. Seperti yang dikisahkan dalam surah Maryam, yang bermaksud:

“Ya Allah, tulang-tulangku sudah lemah, rambutku sudah putih, namun aku tidak pernah berhenti mengharapkan kebaikan dari-Mu. Dan sesungguhnya aku bimbang akan kaumku dan isteriku pula mandul. Maka kurniakanlah kepadaku zuriat, dari sisi-Mu, yang dapat mewarisi kenabianku dan keturunan Yaakub.”

KUIZ 3. Apakah tanda isteri nabi Zakaria mengandung?

Setelah mendengar doa Nabi Zakaria, Allah SWT pun berfirman :

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami menggembirakan engkau dengan seorang anak namanya Yahya. Belum pernah Kami memberikan nama seperti itu sebelumnya” – Surah Maryam :7

Namun ia masih bertanya, bagaimana ia boleh mempunyai seorang anak, sedangkan ia sudah tua dan isternya mandul.

“Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?” – Surah Maryam : 8

Baginda kemudian memohon agar Allah memberi suatu tanda. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”

Lalu Allah Taala berfirman:

” Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat”. – Surah Maryam : 9

Selepas tamat 3 hari itu, maka tersebarlah berita bahawa isteri nabi Zakaria iaitu Elisha sedang mengandung walaupun ketika itu nabi Zakaria yang umurnya sudah lanjut.

Lalu isterinya melahirkan seorang bayi lelaki yang turut dikalangan Nabi.

Pengajarannya adalah sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk lakukan apa sahaja. Sekalipun di akal manusia ia tidak logik dan mustahil tetapi tiada yang mustahil bagi Allah itulah “KUN FAYAKUN”.

Yang penting kita seharusnya tidak putus asa dan sentiasa berusaha untuk berdoa serta yakin dalam setiap perancangan-Nya.

Haa nak perkongsian yang lebih menarik dan bermanfaat, jom ikuti Channel telegram » SedekahMuslim.com

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/10/06/betul-ke-isteri-nabi-zakaria-mengandung/feed/ 0
Kenapa Ikan Nun menelan Nabi Yunus AS? https://sedekahmuslim.com/2022/09/29/kenapa-ikan-nun-menelan-nabi-yunus-as/ https://sedekahmuslim.com/2022/09/29/kenapa-ikan-nun-menelan-nabi-yunus-as/#respond Thu, 29 Sep 2022 06:12:44 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=11288

Nabi Yunus adalah Nabi ke-21 selepas Nabi Ilyasa.

Nama penuh baginda adalah Yunus bin Matta.

Baginda juga diberi gelaran Dhan-Nun yang bermaksud peneman ikan Nun. An-Nun pula bermaksud ikan besar iaitu ikan paus.

Selain itu, Nabi Yunus juga adalah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Jom ketahui peristiwa tentang baginda sehingga ke penghujungnya.

Kuiz 1: Kaum yang diutus kepada Nabi Yunus

Saat Nabi Yunus diangkat menjadi nabi, Allah telah menghantar baginda kepada kaum Mosul di Iraq yang juga dikenali sebagai penduduk Ninawa.

Nabi Yunus pun mula berdakwah kepada kaum Mosul agar beriman kepada Allah. Namun ajaran Islamnya telah ditolak berkali-kali seperti nabi-nabi sebelumnya.

Sehinggakan baginda menjadi marah dan putus asa untuk berdakwah kepada kaum Mosul yang degil.

Nabi Yunus membuat keputusan untuk meninggalkan kaum Mosul lalu berdakwah kepada kaum yang lain.

Baginda juga percaya bahawa banyak lagi kaum yang boleh dibimbing olehnya ke jalan Allah. Maka Nabi Yunus memulakan perjalanannya ke negara lain dengan menyeberangi lautan.

Kuiz 2: Azab yang ditimpakan kepada kaum Mosul saat Nabi Yunus meninggalkan mereka

Allah datangkan azab-Nya kepada kaum Mosul. Langit yang cerah menjadi gelap gelita dan sangat menggerunkan.

Seluruh kaum Mosul terus melihat ke langit dan mula menangis ketakutan. Lalu mereka teringat akan kisah kaum Luth, tentang bagaimana Allah menghukum mereka. Mereka juga teringat akan amaran-amaran yang seringkali disebut oleh Nabi Yunus tentang hukuman Allah.

Oleh kerana kesedaran itu, seluruh kaum Mosul pun mula bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati. Nabi Yunus juga merupakan satu-satunya nabi di mana seluruh kaumnya bertaubat dan beriman kepada Allah.

Maka Allah menarik balik azab-Nya kerana tiada seorang pun di antara mereka yang tidak bertaubat kepada-Nya.

Kuiz 3: Ikan yang ditugaskan oleh Allah untuk menelan Nabi Yunus

Oleh kerana angin mula bertiup kencang dan ribut mula mendatang, kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus pun hampir tenggelam.

Sehingga mereka terpaksa mengurangkan bilangan orang di dalam kapal. Bagi berlaku adil, mereka membuat undian dengan mencabut nama. Nama yang keluar mestilah terjun dari kapal tersebut. Akan tetapi, nama Nabi Yunus telah keluar sebanyak tiga kali berturut-turut.

Baginda pun sedar bahawa ini bukanlah kebetulan, namun ketentuan Allah. Maka Nabi Yunus pun terjun ke dalam laut.

Sebaik sahaja Nabi Yunus terjun ke dalam laut, Allah memerintahkan ikan Nun untuk menelannya.

Lalu Nabi Yunus pun mula tersedar dari pengsan apabila terdengar bunyi-bunyian di dalam laut. Dia bertanya kepada Allah bunyi apa yang sedang didengarnya dan Allah menjawab bahawa itulah bunyi tasbih batu-batu dan ikan-ikan di dalam laut.

Sepanjang baginda duduk di dalam perut ikan tersebut, Nabi Yunus bertasbih dan berdoa kepada Allah sehingga baginda menjadi semakin lemah.

Akhirnya Allah memperkenankan doanya. Ikan nun tersebut memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dalam keadaan sakit.

Setelah itu Nabi Yunus diperintahkan oleh Allah SWT untuk kembali menemui kaumnya.

Hal ini dilakukan untuk memberitahu bahawa Allah SWT telah menerima taubat seluruh penduduk kaumnya. Di samping itu, Allah juga akan memberikan mereka kenikmatan hidup hingga waktu tertentu.

“Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (QS. Ash-Shaaffaat: 147-148)

Bagi anda yang inginkan perkongsian yang lebih menarik setiap hari, jom sertai Channel Telegram SedekahMuslim.com

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/09/29/kenapa-ikan-nun-menelan-nabi-yunus-as/feed/ 0
Adakah Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa rapat? https://sedekahmuslim.com/2022/09/22/adakah-nabi-ilyas-dan-nabi-ilyasa-rapat/ https://sedekahmuslim.com/2022/09/22/adakah-nabi-ilyas-dan-nabi-ilyasa-rapat/#respond Thu, 22 Sep 2022 03:39:20 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=11059

Nabi Ilyasa merupakan Nabi yang ke-20.

Baginda juga lahir daripada keturunan Bani Israel yang sama dengan Nabi Musa, Harun serta Ilyas.

Nabi Ilyasa hidup sehingga umurnya 90 tahun dan wafat di Palestin.

Akan tetapi, kisah Nabi Ilyas sangat jarang dicerita dalam Al-Quran dan hadis. Nama baginda hanya disebut sebanyak dua kali dalam Al-Quran.

Untuk mengetahui lebih dalam mengenai kisah Nabi ilyasa, berikut kami telah rangkum serba sedikit kisah tentang Nabi Ilyasa ini.

Kuiz 1 . Apakah yang menimpa Nabi Ilyasa sewaktu kecil?

Sewaktu kecil, baginda hidup dengan pelbagai penyakit.

Sehinggakan keluarganya pula hampir menyerah dengan sakit yang dialami oleh Nabi Ilyasa.

Kuiz 2 . Apakah hubungan Nabi Ilyas dan Ilyasa?

Pada suatu hari, keluarga Ilyasa menolong Nabi Ilyas untuk bersembunyi di dalam rumah mereka. Ketika itu Nabi Ilyas sedang dikejar oleh kaum Ba’albak yang ingin membunuhnya.

Pada saat itulah, Nabi Ilyas bertemu Nabi Ilyasa yang masih sangat belia, namun menderita penyakit keras.

Akan kerana kasihan melihat keadaan Nabi Ilyasa yang masih kecil dan sering sakit, Nabi Ilyas pun memohon kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit Nabi Ilyasa.

Kemudian Nabi Ilyas meminta izin kepada ibu bapa Nabi Ilyasa untuk dijadikan sebagai anak angkatnya. Setelah Nabi Ilyasa dewasa, Nabi Ilyas pun memimbing dan sering mengajak baginda pergi berdakwah.

Kini Nabi Ilyasa bukan sahaja anak angkatnya, bahkan juga pengikut setia Nabi Ilyas.

Kuiz 3 . Selepas Nabi Ilyasa wafat, kaum Ba'labak menjadi?

Setelah Nabi Ilyas wafat, Allah mengangkat pula Nabi Ilyasa sebagai rasul dan nabi.

Nabi Ilyasa pun berusaha mengembalikan kaumnya ke jalan yang benar. Bukan itu sahaja, Nabi Ilyasa juga telah menjadi raja dan pemimpin yang arif serta bijaksana.

Umatnya juga selalu patuh akan perintah dan ajaran Nabi Ilyasa, sehinggakan pada zamannya juga rakyat hidup dengan aman dan Makmur.

Akan tetapi, setelah Nabi Ilyasa meninggal dunia, umatnya kembali menjadi kufur dan mengikuti ajaran sesat.

Lalu Allah pun menurunkan azab buat kaum Ba’albak, dengan mencabut segala kenikmatan yang sudah mereka rasakan dan menggantikannya kepada kesengsaraan.

Mungkin kisahnya sangat jarang didengari, namun perjalanan Nabi Ilyasa dalam melakukan dakwahnya begitu inspiratif.

Sikapnya menjadi pemimpin pun patut dijadikan teladan.

Adakah bermanfaat? Jangan lupa untuk sebarkan perkongsian ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih banyak ilmu yang bermanfaat, jom join Channel Telegram SedekahMuslim.com

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/09/22/adakah-nabi-ilyas-dan-nabi-ilyasa-rapat/feed/ 0
Dah tahu ke belum kisah Nabi Ilyas? https://sedekahmuslim.com/2022/09/15/dah-tahu-ke-belum-kisah-nabi-ilyas/ https://sedekahmuslim.com/2022/09/15/dah-tahu-ke-belum-kisah-nabi-ilyas/#respond Thu, 15 Sep 2022 05:10:43 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=10994

Jika sebelum ini kita mengenali seorang Nabi yang bernama Sulaiman, maka kali ini pula jom kita mengenali satu susuk Nabi yang bernama Ilyas.

Pasti jarang kan kita mendengar mengenai kisah Nabi Ilyas ni. Mungkin ada yang pernah dengar tapi sudah lupa.

Kuiz 1: Salasilah keturunan Nabi Ilyas

Nabi Ilyas adalah keturunan keempat Nabi Harun a.s dengan nama lengkap Ilyas bin Finhash bin Azar bin Harun bin Imran bin Qahits bin Aziz bin Laway bin Ya’kub bin Ishaq bin Ibrahim.

Kuiz 2: Nama berhala yang disembah oleh kaum Bani Israel

Nabi Ilyas diutus oleh Allah SWT untuk menjadi seorang Nabi dan menjadi pembimbing kaum Bani Israel kembali pada ajaran Allah.

Ketika itu kaum Bani Israel terkenal akan kebiasaan menyembah berhala yang bernama Ba’al.

Kuiz 3: Mukjizat Nabi Ilyas

1. Dapat membangkitkan orang yang sudah mati

Ketika musim kemarau yang sangat panjang, Nabi Ilyas bertemu dengan seorang wanita tua yang sedang membawa sedikit air dan gandum. Air dan gandum tersebut akan diberikan kepada anaknya yang sangat kelaparan. Nabi Ilyas pun berkata bahawa air dan gandum tersebut akan selalu ada atas izin Allah.

Tidak lama kemudian ucapan Nabi Ilyas dibenarkan oleh Allah. Air dan gandum yang dibawa oleh wanita tua tersebut pasti akan kembali penuh walaupun sudah dimakan. Namun sebelum sang anak sempat memakan apa yang dibawa oleh ibunya, anaknya telebih dahulu meninggal dunia.
Kejadian itu membuatkan wanita tua tersebut sangat sedih sehingga Nabi Ilyas berdoa kepada Allah agar menghidupkan kembali anak dari wanita tua tersebut. Allah mengabulkan doa Nabi Ilyas, dan anak itu pun hidup kembali dan dapat memakan apa yang dibawakan ibunya.

2. Mendatangkan kemarau yang panjang dan hujan

Nabi Ilyas memiliki mukjizat dapat mendatangkan kemarau panjang dan hujan atas izin Allah SWT. Saat itu Nabi Ilyas diutus oleh Allah untuk mengajak kaum Bani Israel agar menyembah Allah dan bukan menyembah berhala.

Saat itu Nabi Ilyas berdoa meminta didatangkan azab bagi kaum Bani Israel kerana membangkang dan tidak ingin menyembah Allah SWT.

Akhirnya Allah memberikan azab berupa kemarau yang panjang. Setelah kemarau panjang tersebut, Allah mendatangkan hujan berkat doa Nabi Ilyas.

3. Mampu bertahan hidup dalam kemarau yang panjang

Meskipun terjadi kemarau yang sangat panjang, Nabi Ilyas dapat bertahan hidup dengan pertolongan daripada Allah SWT.

Ketika itu Nabi Ilyas bersembunyi di sebuah gua kerana dikejar kaum Bani Israel.

Atas izin Allah ada seekor burung gagak yang membawakan makanan untuk Nabi Ilyas yang tengah bersembunyi di dalam gua.

4. Selamat daripada dikejar isteri Raja Ahab yang kejam

Saat isteri Raja Ahab mengetahui bahawa berhala yang disembahnya telah dihancurkan oleh Nabi Ilyas, isterinya sangat marah dan bersumpah akan menangkap serta membunuh Nabi Ilyas.

Isteri raja Ahab dan askarnya berusaha mencari Nabi Ilyas. Saat itu Nabi Ilyas bersembunyi di dalam gua dan persembunyiannya telah diketahui oleh isteri Raja Ahab.

Ketika hendak membunuh Nabi Ilyas, Allah mendatangkan azab berupa gempa bumi yang sangat dahsyat sehingga mampu membuatkan isteri Raja Ahab dan askar-askarnya tertimpa dari gunung.

5. Mampu menyembuhkan orang sakit

Mukjizat lain yang Allah berikan kepada Nabi Ilyas adalah dapat menyembuhkan orang sakit keras. Saat itu Nabi Ilyasa sedang terbaring kerana sakit yang lama. Atas izin Allah melalui doa Nabi Ilyas, akhirnya Nabi Ilyasa dapat sembuh dari penyakitnya.

Semoga serba sedikit perkongsian mengenai kisah Nabi Ilyas ini menambahkan ilmu dan membuahkan cinta kepada Nabi.

Jom kita sebarkan perkongsian ni. Kalau anda berminat untuk mengetahui lebih banyak ilmu yang bermanfaat, cepat-cepat join Channel Telegram https://t.me/sedekahmuslim

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/09/15/dah-tahu-ke-belum-kisah-nabi-ilyas/feed/ 0
Betul ke Nabi Sulaiman dapat memahami bahasa haiwan? https://sedekahmuslim.com/2022/09/08/betul-ke-nabi-sulaiman-dapat-memahami-bahasa-haiwan/ https://sedekahmuslim.com/2022/09/08/betul-ke-nabi-sulaiman-dapat-memahami-bahasa-haiwan/#respond Thu, 08 Sep 2022 09:23:20 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=10580

Nabi Sulaiman AS merupakan Nabi dan Rasul yang ke-18 selepas sahaja Nabi Daud AS. Baginda adalah salah seorang putera kepada Nabi Daud.

Nama sebenar Baginda ialah Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Yaakub. Baginda diangkat menjadi Nabi dan Rasul pada tahun 970 sebelum Masihi.

Sejak zaman kanak-kanak lagi, Baginda sangat bijak dan teliti terutamanya dalam membuat sesuatu keputusan. Baginda telah dilatih oleh ayahandanya, iaitu Nabi Daud bagi menggantikan tempat untuk menduduki tahta kerajaan Bani Israel.

Kuiz 1: Antara mukjizat Nabi Sulaiman AS

Nabi Sulaiman AS dikurniakan dengan beberapa mukjizat seperti:

Dapat memahami bahasa haiwan

Baginda dapat bercakap dan memahami bahasa haiwan. Bukan itu saja, tapi Baginda juga dapat membuatkan haiwan-haiwan tersebut tunduk dan patuh pada perintahnya.

Suatu hari, Nabi Sulaiman membawa tenteranya yang terdiri daripada jin, manusia dan burung untuk berjalan bersama. Apabila sampai ke satu lembah semut, di situlah Baginda terdengar percakapan seekor semut kepada segerombolan yang lain.

Seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Wahai semut sekalian, masuklah kamu ke dalam sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedarinya.

(An-Naml: 18)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa raja semut ini menyuruh semut yang lainnya untuk masuk ke dalam sarang bagi menyelamatkan diri daripada dipijak. Mendengar kata-kata itu membuatkan Nabi Sulaiman pun tersenyum dan kagum dengan kebijaksanaan semut tersebut.

Menaklukan angin

Antara mukjizat Nabi Sulaiman juga ialah Baginda dapat menaklukan angin. Dalam bahasa mudahnya, Baginda dapat menghembuskan angin ke arah mana saja sesuai dengan kehendaknya.

Menghimpun bala tentera dari semua makhluk

Mukjizat Nabi Sulaiman seterusnya adalah dapat mengumpulkan seluruh pasukan bala tentera di aula kerajaan. Bala tentara tersebut terdiri daripada jin, manusia, dan juga burung.

Kuiz 2: Burung yang diutuskan untuk membawa sepucuk surat ke Negeri Saba'

Pada suatu hari, ketika Nabi Sulaiman memeriksa kawanan burung, Baginda melihat burung Hud-Hud tidak berada di tempatnya. Lalu Baginda pun berkata:

Mengapa aku tidak melihat Hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti aku akan menghukumnya dengan hukuman yang berat atau aku akan menyembelihnya, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.

(An-Naml: 20-21)

Namun tidak lama kemudian, burung Hud-Hud datang dengan membawa berita bahawa ia telah pergi ke suatu negeri yang megah dan belum diketahui oleh Nabi Sulaiman mahupun bala tentaranya.

Negeri tersebut dipimpin oleh seorang ratu, iaitu Ratu Balqis. Hud-Hud menyatakan bahawa mereka semua tidak menyembah Allah SWT.

Setelah mendengar berita tersebut, Nabi Sulaiman membuat keputusan untuk menyelidiki kebenarannya dengan mengirimkan surat kepada sang ratu. Lalu, menjadi tugas burung Hud-Hud untuk menyampaikannya.

Kuiz 3: Apa yang disembah oleh rakyat di Negeri Saba' itu?

Burung Hud-Hud datang kepada Nabi Sulaiman AS pada awalnya dan mengatakan bahawa rakyat di negeri Saba’ termasuklah Ratu Balqis sendiri tidak beriman kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka menyembah matahari.

Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang kisah Nabi Sulaiman AS?

Kalau anda inginkan perkongsian yang lebih menarik setiap hari, jom sertai Channel Telegram SedekahMuslim.com

]]>
https://sedekahmuslim.com/2022/09/08/betul-ke-nabi-sulaiman-dapat-memahami-bahasa-haiwan/feed/ 0