Aktivti NGO – Sedekah Muslim https://sedekahmuslim.com Mari Bersama Menyumbang Wed, 20 Sep 2023 04:31:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 https://sedekahmuslim.com/wp-content/uploads/2022/04/cropped-Icon-Logo-32x32.jpeg Aktivti NGO – Sedekah Muslim https://sedekahmuslim.com 32 32 PERKIM DATUK KERAMAT SERTAI KEMBARA RAHMAH SARAWAK 2.0 https://sedekahmuslim.com/2023/09/20/perkim-datuk-keramat-sertai-kembara-rahmah-sarawak-2-0/ https://sedekahmuslim.com/2023/09/20/perkim-datuk-keramat-sertai-kembara-rahmah-sarawak-2-0/#respond Wed, 20 Sep 2023 04:27:29 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=18422

Kembara Rahmah 2.0 yang bakal berlangsung di Sarawak Bumi Kenyalang akan bermula pada 13-16 Oktober 2023.

Selain itu, beberapa NGO lain juga turut sertai dengan memberi kerjasama dalam Kembara kali ini bersama dengan PERKIM Cawangan Datuk Keramat.

Pada misi kali ini, kami akan mengadakan aktiviti di beberapa lokasi yang terlibat, iaitu:

1) Kampung Bumbu
2) Kampung Sedia Ada

Tujuan misi ziarah rahmah ini adalah usaha kami untuk mendekati masyarakat pendalaman, khususnya di negeri Sarawak.

Di samping lebih mengenali budaya serta adat resam mereka, menyebarkan rahmah dan kasih sayang, mengeratkan lagi tali persaudaraan dengan aktiviti yang ada seperti kebajikan, kemasyarakatan dan dialog.

Ayuh berikan sokongan anda dalam program kali ini. Sumbangan anda amat berharga bagi menjayakan misi Kembara Rahmah 2.0

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/09/20/perkim-datuk-keramat-sertai-kembara-rahmah-sarawak-2-0/feed/ 0
4 PASANGAN PENGANTIN DIRAIKAN DI DATUK KERAMAT https://sedekahmuslim.com/2023/09/13/4-pasangan-pengantin-diraikan-di-datuk-keramat/ https://sedekahmuslim.com/2023/09/13/4-pasangan-pengantin-diraikan-di-datuk-keramat/#respond Wed, 13 Sep 2023 02:25:44 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=18393

Alhamdulillah, 4 pasangan pengantin yang merupakan dari kalangan asnaf selamat dinikahkan dengan sempurna di No 11, Jalan Pawang, Datuk Keramat.

“Tujuan Majlis Walimatul Urus ini diadakan adalah untuk membantu para asnaf yang kurang berkemampuan dalam menguruskan pernikahan mereka” kata Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat.

Untuk menjayakan majlis ini juga, PERKIM DK membantu mereka dalam memberikan sokongan serta dana untuk kesemua pasangan ini. Di samping, mendapat kerjasama dari Pertubuhan Ar-Riqab.

“Kami berharap agar semua umat Islam memilih jalan syariat melalui pernikahan yang sah serta melalui jalan halal berbanding memilih jalan singkat yang haram dan penuh dengan maksiat dan zina.”

“Semoga pasangan muda diluar sana segera menikah bagi mengelakkan terjerumus ke lembah dosa dengan perbuatan mungkar dan maksiat.”

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/09/13/4-pasangan-pengantin-diraikan-di-datuk-keramat/feed/ 0
Kalimah Syahadah Saudara Baru https://sedekahmuslim.com/2023/09/07/kalimah-syahadah-saudara-baru/ https://sedekahmuslim.com/2023/09/07/kalimah-syahadah-saudara-baru/#respond Thu, 07 Sep 2023 00:24:44 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=18366

Alhamdulillah, saya telah diizinkan untuk membantu saudara islam baru kita dalam mengajarkan beliau tentang Islam serta kalimah syahadah. Muhammad Rashid merupakan seorang lelaki berbangsa India. Kini sangat yakin, tenang atas pilihannya dan amat bersungguh dalam mengucap syahadah.

Bukan itu sahaja, beliau juga sudah tahu serba sedikiti mengenai rukun Islam, rukun Iman serta perkara yang diharamkan Islam. Selain itu, beliau mengenali Islam melalui pergaulan dengan rakan-rakan sehingga menyebabkan jatuh cinta melihat akan keindahan Islam.

Ayuh kita mohon sama-sama mendoakan Encik Rashid kekal istiqomah di jalan Allah, Ikhlas serta beramal dengan Islam yang sempurna.

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/09/07/kalimah-syahadah-saudara-baru/feed/ 0
Pertandingan Memancing 2023 https://sedekahmuslim.com/2023/08/30/pertandingan-memancing-2023/ https://sedekahmuslim.com/2023/08/30/pertandingan-memancing-2023/#respond Wed, 30 Aug 2023 04:21:17 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=18311

Selesai sudah pertandingan memancing pada 13 Ogos 2023 baru-baru ni yang telah diadakan di Tasik Ampang Hilir, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur.

Program ini adalah anjuran Ummah Prihatin, Persatuan Penduduk Desa Pahlawan dan juga DBKL.

Kami juga berbesar hati menerima kunjungan YB Dato Johari bersama team media bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pertandingan ini.

Terima kasih kepada para penyumbang dan kepada peserta-peserta yang telah mendaftar serta yang turut hadir bagi memeriahkan pertandingan kali ini.

Dan alhamdulillah, sumbangan tuan puan akan kami salurkan ke Tahfiz Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang sedang dibangunkan.

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/08/30/pertandingan-memancing-2023/feed/ 0
PMX Mengislamkan Mualaf https://sedekahmuslim.com/2023/08/23/pmx-mengislamkan-mualaf/ https://sedekahmuslim.com/2023/08/23/pmx-mengislamkan-mualaf/#respond Wed, 23 Aug 2023 03:27:19 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=18273

Pada 18 Ogos 2023, saudara Githaran A/L Kartiban telah kembali ke fitrah iaitu memeluk agama Islam.

Saudara tersebut telah diislamkan oleh YAB Datuk Sri Anwar Ibrahim iaitu perdana menteri kita sendiri.

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/08/23/pmx-mengislamkan-mualaf/feed/ 0
Pembinaan Rumah Prihatin Di Sabak Bernam https://sedekahmuslim.com/2023/06/28/pembinaan-rumah-prihatin-di-sabak-bernam/ https://sedekahmuslim.com/2023/06/28/pembinaan-rumah-prihatin-di-sabak-bernam/#respond Wed, 28 Jun 2023 06:25:13 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=17797

Alhamdulillah, kami telah pun memberikan sejumlah RM 30,000.00 sebagai pendahuluan. Kini proses pemasangan bumbung sudahpun berjaya dilakukan.

Insya-Allah, mungkin pembinaan ini dijangka akan siap dalam masa tempoh 2-3 bulan lagi. Namun, Ummah Prihatan masih lagi memerlukan sumbangan daripada para penderma yang budiman ini.

Tujuannya adalah untuk menyiapkan seluruh struktur bangunan yang mengunakan kos sebanyak RM 150,000.00. Oleh itu, ayuhlah bersama membantu kami sehingga bangunan ini disiapkan sepenuhnya.

Semoga segala kebaikan yang diberikan oleh Tuan/Puan, sentiasa dibalas dengan kebaikan juga. Aminn!

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/06/28/pembinaan-rumah-prihatin-di-sabak-bernam/feed/ 0
Majlis Rumah Terbuka Bersama Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PBOBM) https://sedekahmuslim.com/2023/06/07/majlis-rumah-terbuka-bersama-pertubuhan-pembangunan-orang-buta-malaysia-pbobm/ https://sedekahmuslim.com/2023/06/07/majlis-rumah-terbuka-bersama-pertubuhan-pembangunan-orang-buta-malaysia-pbobm/#respond Wed, 07 Jun 2023 09:16:38 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=17426

Pada 19 Mei 2023, Ummah Prihatin telah berjaya mengadakan Rumah Terbuka bersama PBOBM pada hari Jumaat bertempat di Dewan DBKL Tempat Letak Kereta Taman Mulia , Cheras , Kuala Lumpur.

Majlis rumah terbuka ini bukan sahaja dihidangkan makanan sahaja tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian karaoke, cabutan bertuah serta dihadiri oleh golongan istimewa.

Alhamdulillah, terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki bersama kami di sini. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat semua, Aamiin!

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/06/07/majlis-rumah-terbuka-bersama-pertubuhan-pembangunan-orang-buta-malaysia-pbobm/feed/ 0
Bantuan Bagi Penduduk Flat SRI Sarawak Pudu, Kuala Lumpur https://sedekahmuslim.com/2023/05/31/bantuan-bagi-penduduk-flat-sri-sarawak-pudu-kuala-lumpur/ https://sedekahmuslim.com/2023/05/31/bantuan-bagi-penduduk-flat-sri-sarawak-pudu-kuala-lumpur/#respond Wed, 31 May 2023 07:21:35 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=17401

Alhamdulillah, pada 27 Mei 2023, Ummah Prihatan bersama NGO Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera telah berjaya melancarkan program bantuan barangan dapur kepada penduduk di sini.

Ummah Prihatin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah meyumbang. Hasil sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan.

Jom bersama kami berkongsi rezeki supaya program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/05/31/bantuan-bagi-penduduk-flat-sri-sarawak-pudu-kuala-lumpur/feed/ 0
RUMAH TERBUKA HARI RAYA BERSAMA PERTUBUHAN ORANG KERDIL MALAYSIA (PKOKM) https://sedekahmuslim.com/2023/05/24/rumah-terbuka-hari-raya-bersama-pertubuhan-orang-kerdil-malaysia-pkokm/ https://sedekahmuslim.com/2023/05/24/rumah-terbuka-hari-raya-bersama-pertubuhan-orang-kerdil-malaysia-pkokm/#respond Wed, 24 May 2023 07:37:05 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=17222

Pada 20 Mei yang lalu, Ummah Prihatin berjaya mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya bersama PKOKM. Majlis berlangsung di Hotel Lazdana Chowkit, Kuala Lumpur.

Majlis rumah terbuka kali ini disambut meriah dengan adanya nyanyian karaoke, jamuan makanan yang banyak, dan juga orang-orang kerdil luar dari Selangor turut hadir. Semuanya nampak gembira, selain dapat lebih mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Alhamdulillah, tidak dilupakan, terima kasih juga buat para penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki bersama kami di sini. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat semua, Aamiin!

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/05/24/rumah-terbuka-hari-raya-bersama-pertubuhan-orang-kerdil-malaysia-pkokm/feed/ 0
Menteri Agama Bersama PERKIM Datuk Keramat di Program Syahadah https://sedekahmuslim.com/2023/05/17/menteri-agama-bersama-perkim-datuk-keramat-di-program-syahadah/ https://sedekahmuslim.com/2023/05/17/menteri-agama-bersama-perkim-datuk-keramat-di-program-syahadah/#respond Wed, 17 May 2023 03:40:22 +0000 https://sedekahmuslim.com/?p=17158

Satu program Syahadah telah dijalankan pada 9 Mei 2023 selepas sahaja solat Zuhur di Masjid Negara.

Alhamdulillah, hasil kerjasama bersama Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) YB Dato’ Dr Naim Mokhtar yang hadir bagi mengislamkan 7 saudara baru telah berjaya dilaksanakan. Selan itu, kami dari PERKIM Datuk Keramat amat merasa bangga apabila Menteri Agama sendiri sudi untuk turun ke program ini untuk mengajar lafaz syahadah serta meluangkan masa dengan memberi pesan dan nasihat kepada para mualaf ini.

Semoga dengan adanya program seperti ini akan membuka lembaran baharu kepada semua insan diluar sana bahawa Islam itu adalah agama yang indah, diterima oleh semua orang, agama yang membawa kepada keamanan, perpaduan dan keharmonian.

Kami juga berdoa agar lebih ramai lagi insan yang terbuka hati untuuk menerima Islam. Serta mereka yang telah bersyahadah ini diberi kekuatan untuk istiqomah sehingga akhir hayat mereka.

]]>
https://sedekahmuslim.com/2023/05/17/menteri-agama-bersama-perkim-datuk-keramat-di-program-syahadah/feed/ 0