fbpx

Mesti ada satu masa tu kita macam sibuk sangat kan, terkejar-kejar nak buat itu ini.

Kadang “ehh, lupa belum solat lagi”. Tapi lepas tu kita ada urusan lain pulak.

Jadi kita ambil keputusan untuk solat cepat-cepat supaya kita tak tinggal solat dan kerja kita pon dapat buat juga.

Persoalannya, boleh ke macam tu? Jom kita teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.

Kuiz 1: 13 Rukun Solat

Rukun-rukun solat

1) Berdiri bagi orang yang mampu berdiri, berkuasa, berdaya atau mempunyai kekuatan di dalam solat fardhu.

Jika tidak mampu berdiri, bolehlah duduk.
Jika tidak mampu duduk, bolehlah mengiring di atas rusuk kanan,
Jika tidak mampu mengiring di atas rusuk kanan, bolehlah bersandar atau menelentangkan badan

2) Niat

Tempat niat adalah di dalam hati
Diniatkan ketika melafazkan takbiratul ihram

3)Melafazkan takbiratul ihram iaitu Allahu Akbar

4)Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat

5) Rukuk serta tamakninah

Rukuk itu hendaklah kedua tapak tangan diletakkan ke lututnya sementara kepada dan belakang selari dengan punggung iaitu 90 darjah

6) Iktidal serta tamakninah

7) Sujud dua kali serta tamakninah

Sujud itu hendaklah dilakukan dengan tujuh anggota iaitu:

-Dahi
-Dua tapak tangan
-Dua lutut
-Perut jari kanan dan kiri
-Keadaan sujud itu hendaklah punggung itu lebih tinggi daripada kepada

8)Duduk di antara dua sujud serta tamakninah

9)Duduk bagi tasyahhud akhir (tahiyat akhir)

10) Membaca tasyahhud akhir (tahiyat akhir)

11) Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w di dalam tasyahhud akhir (tahiyat akhir)

12) Memberi salam yang pertama

13) Tertib

Tamakninah ialah berhenti seketika dalam solat sekadar menyebut Subhanallah.

Tamakninah wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Sekiranya kita meninggalkan tamakninah dalam solat, maka solatnya tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali.

Kuiz 2: Perkara Sunat Selepas Solat

Kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut:

1) Istighfar, zikir dan doa
2) Berpindah tempat dari tempat sembahyang fardhu ketika hendak menunaikan sembahyang sunat
3) Apabila kaum lelaki solat di masjid dan di belakang mereka terdapat kaum wanita, maka disunatkan kepada kaum lelaki agar tetap di tempat mereka sehingga kaum wanita itu meninggalkan tempat mereka

Kuiz 3: Perkara Makruh Ketika Solat

Dalam kita menunaikan solat, ada juga beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu tentang perkara yang perlu dielakkan. Ye la kalau kita sambil lewa, jatuh kepada makruh nanti.

Jom kita sama-sama ambil tahu:

1) Memalingkan tengkuk ketika solat kecuali kerana keperluan
2) Memandang ke atas
3) Bermain-main dengan rambut dan menyinsing hujung baju
4) Solat ketika makanan dihidangkan yang mana hatinya teringin memakannya
5) Solat dalam keadaan menahan kencing dan air besar
6) Solat dalam keadaan terlalu mengantuk
7) Solat di tempat kotor dan menyebabkan tidak khusyuk

Jadi lepas ni jom kita amalkan perkara-perkara sunat dan elakkan perkara yang menyebabkan makruh.

Moga solat kita bertambah baik dan diterima oleh Allah SWT.

Kalau anda nak lagi ilmu dan perkongsian menarik, ayuh kita ikuti media sosial di sedekah muslim dan telegram http://SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada