fbpx

Haaa mestilah boleh, kita amat digalakkan untuk memeriahkan suasana raya tetapi haruslah menjaga ibadah-ibadah dan tidak bertentangan dengan syariat.

Jom kita dapatkan kefahaman yang lebih lanjut mengenai perkara ini.

Kuiz 1 : Apakah hukum bermain mercun yang tidak membahayakan?

Menurut syarak hukum asal permainan yang tidak memudaratkan adalah harus. Dalam sebuah kaedah fiqh menyebut:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلَّ الدَلِيْلُ عَلَى التَحْرِيْمِ

Maksudnya: “Asal sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang melarang.”

Ia akan kekal harus selagi memenuhi syarat di bawah:

– Telah dipastikan oleh pihak berkuasa bahawa ia tidak membahayakan.
– Tidak berlebih-lebihan sehingga perlu berhutang untuk membelinya.
– Tidak menganggu jiran tetangga.
– Kanak-kanak yang bermain perlu mendapat pantauan dari orang dewasa.

Kuiz 2: Adakah dikira membazir jika membeli sesuatu barangan dengan tujuan untuk keseronokan menurut mazhab Syafi'i?

Menurut mazhab Syafi’i, pendapat yang kuat dalam membeli sesuatu barangan dengan tujuan untuk keseronokan tidak dianggap suatu pembaziran. Selain itu, ia tidak dianggap sebagai suatu pembaziran selagi tidak berlebihan ketika bermain.

Keharusan bermain mercun yang tidak membahayakan ini mestilah memenuhi beberapa syarat sama seperti di atas.

Anda sudah jelas dengan sedikit perkongsian di atas?

Mudah-mudahan sedikit sebanyak perkongsian ini membantu kita dalam memahami hukum hakam mengenai perkara-perkara yang biasa kita lakukan.

Jika anda inginkan lagi kuiz-kuiz santai dan bersifat keagamaan? Atau perkongsian harian lebih menarik?

Jom ikuti kami di Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada