fbpx

Pada musim raya korban ni, pasti banyak kita terima daging korban kan?

Mana taknya, lepas sorang, sorang datang beri daging korban. Kita pon terimalah dengan hati yang senang. Orang memberi, kita merasa. Tak gitu?

Tapi sedar tak sedar, dah penuh peti ais kita dengan daging korban. Rasa macam dah makan banyak, tapi ada banyak lagi yang tak terusik rupanya.

Lepas tu, nak buat apa daging banyak-banyak tu? Kalau jual boleh ke tak?

Hukum jual daging korban yang diterima

Imam al-Nawawi ada menyatakan dalam kitabnya (Kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim) bahawa penjualan kulit, daging atau apa-apa bahagian daripadanya adalah tidak dibenarkan di sisi Mazhab Syafie.

وَمَذْهَبُنَا أَنَّهُ لَا يَجُوزُ بَيْعُ جِلْدِ الْهَدْيِ وَلَا الأضحية ولا شيء من أجزائهما

Maksudnya“Disisi Mazhab kami adalah dilarang untuk menjual kulit binatang korban, daging binatang korban dan apa-apa bahagian daripadanya.”

Larangan ini termasuklah bahagian daging, lemak, kulit, tanduk dan lain-lain lagi. Tidak kiralah sama ada ibadah korban itu sunat ataupun wajib (iaitu bagi orang yang bernazar). 

Adakah larangan ini terpakai kepada penerima daripada golongan miskin?

Habib Abdul Rahman al-Ba’lawi ada menyatakan di dalam kitabnya:

Bagi golongan yang fakir, membelanjakan bahagian korban yang diterimanya walaupun seperti menjual barang diterima kerana telah menjadi miliknya, berbeza dengan golongan yang kaya tidak dibenarkannya untuk melakukan perkara seperti menjualnya namun ia boleh menggunakan bahagian korban yang diberikan itu dengan cara dimakan, sedekah dan menjamu tetamu walaupun mereka kaya, ini kerana kedudukannya seperi orang yang melakukan korban.

Jadi, dapat kita lihat bahawa larangan untuk menjual bahagian daging korban yang diterima itu hanyalah kepada golongan yang kaya saja.

Bagi penerima daripada golongan miskin, perbuatan menjual tersebut adalah dibenarkan.

Sekarang dah jelas? Kalau rasa-rasa tak habis daging korban tu, bolehlah masak banyak-banyak untuk menjamu saudara-mara, jiran tetangga atau dibawa ke masjid untuk para jemaah makan beramai-ramai.

Walaupun tak dapat duit macam kita jual, tapi insyaAllah kita boleh kumpul pahala dari situ.

Bagi anda yang inginkan perkongsian yang lebih bermanfaat, ayuh join Channel Telegram SedekahMuslim.com sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada