Sukarelawan Ma’ruf Care telah menyantuni seramai 110 orang penerima Bingkisan Nur Kasih Eidulfitri pada tahun ini. Alhamdulillah, setiap penerima diagihkan dengan satu beg keperluan barang sambutan hari raya, serta tidak dilupakan juga dengan pemberian wang tunai sebagai duit raya.
Rata-ratanya kelihatan sangat gembira dan bersyukur atas pemberian ini. Semoga dengan sedikit pemberian ini dapat menceriakan lagi sambutan Eidulfitri buat para penerima.
Jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi berkongsi rezeki bersama kami. Mudah-mudahan dengan asbab anda berkongsi rezeki ini, Allah SWT meluaskan lagi pintu rezeki dan memberikan sebaik-baik ganjaran-Nya.
Terima kasih juga buat para sukarelawan yang turun padang, bersama-sama meluangkan masa untuk menyantuni para penerima semua. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan lagi dengan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi mereka yang memerlukan di luar sana.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com