Bila kita sebut je mengenai dewasa, apa yang terbayang dalam fikiran kita adalah kehidupan dimana kita boleh melakukan pilihan sendiri.
Alam dewasa itu banyak memberikan kita satu pelajaran bagi melalui liku-liku kehidupan.
Tapi adakah sekadar itu? Jom kita tengok apa sudut pandang dari perspektif Islam sendiri.
Dewasa Dalam Perspektif Islam
Perkataan yang dikenali di kalangan orang Islam adalah “Baligh” iaitu membawa maksud “dewasa”. Orang dewasa akan dipanggil baligh.
Perkataan baligh ini dalam perbincangan para ulama’ fiqh kebanyakannya membayangkan kematangan fizikal, contohnya mimpi basah bagi lelaki dan haid bagi perempuan.
Perkataan Baligh Dalam Al-Quran
Menarik apabila kita mengkaji perkataan baligh dalam Al-Quran dengan lebih lanjut.
Apabila kita menelusuri, terdapat tiga perkataan baligh. Ketiga-tiga disebut dalam konteks yang berbeza dan jika digabungkan, ia akan menjadi satu pemahaman yang saling melengkapi.
Pertama, baligh yang disebut dalam kalimat “balagha al-hulum” [QS. al-Nur: 59]. Ayat ini membawa maksud kematangan seseorang dalam konteks kematangan fizikal adalah ditandai dengan ‘mimpi basah’.
Kedua, baligh yang disebut dalam kalimat “balaghû al-nikâh” [QS. al-Nisa`: 6], yang bermaksud seseorang itu sudah cukup umur untuk berkahwin, yang ditandai dengan al-rusyd (cekap dan pandai). Perkataan baligh di sini memberi pemahaman tentang kematangan seseorang dalam konteks tanggungjawab khususnya tanggungjawab dan kemahiran mengurus aset. Tanggungjawab berkait rapat dengan mental, minda dan psikologi seseorang.
Ketiga, baligh yang disebut dalam kalimat “balagha ashuddah” [QS. al-Ahqaf: 15, dan QS. al-Qashash: 14], iaitu kekuatan, akal dan penglihatannya telah sempurna. Baligh dalam ayat ini berbicara dalam konteks kematangan seseorang.
Dalam hal ini baligh boleh diibaratkan seperti buah yang sudah masak secara semula jadi di atas pokok sehingga ia siap untuk dipetik atau dituai. Jika buah yang belum masak dipetik dan dimakan, kadangkala boleh membuatkan perut sakit dan tidak memberi manfaat.
Apabila ketiga-tiga makna ini digabungkan, kematangan menurut Al-Quran adalah matang dari segi fizikal, mental, mental, psikologi, sudah mempunyai tanggungjawab, dan masak seperti buah yang masak di atas pokok dan sedia untuk dipetik dan dimakan.
Haa sekarang anda dah lebih jelas belum tentang maksud dewasa tu sendiri.
Betul, ia bukan sahaja diukur melalui usia. Namun ia diukur dengan 3 pendekatan itu tadi.
Jika anda rasa tak cukup dengan perkongsian ini dan anda nak lagi. Boleh terus tekan link di sebelah https://t.me/sedekahmuslim