Saudara Muhd Raffi berusia 50 tahun. Beliau juga pernah menghadapi kemalangan yang serius pada ketika dulu sehinggakan kini digelar sebagai seorang OKU. Oleh kerana kejadian itu, kakinya terpaksa dimasukkan besi dan kesannya beliau tidak dapat duduk atau berdiri dalam tempoh masa yang lama.
Keadaan itu menambahkan lagi kesusahan yang dialami. Demi menampung perbelanjaan kehidupannya, beliau juga berkerja sebagai tukang urut. Namun pendapatan yang diperoleh tidaklah tetap. Lebih lagi dengan keadaan inflasi semasa, yang menyebabkan beliau agak sukar untuk memperoleh wang yang banyak bagi menampung kos sewaan rumah dan keperluan harian.
Justeru itu, kami dari Ummah Prihatin cakna dengan keadaan beliau dan turut menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan bebannya. Bagi anda yang ingin menyalurkan sumbangan pula, boleh terus salurkan ke akaun Ummah Prihatin.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com