Nabi Isa Alaihissalam merupakan Rasul dan Nabi yang ke-24.
Baginda juga salah satu Nabi yang tergolong dalam Ulul Azmi, yakni Nabi dan Rasul yang memiliki kedudukan tinggi atau istimewa bersama dengan Nabi Muhammad SAW, Ibrahim AS, Musa AS dan Nuh AS.
Kisah hidup dan sirah tentang Nabi Isa banyak terkandung di dalam Al-Quran antaranya seperti Surah Maryam, Ali Imran dan An-Nisa.
Jom ketahui kisah baginda yang penuh dengan keajaiban di artikel ini!
Kuiz 1. Siapakah Ibu Nabi Isa?
Kelahiran baginda terjadi dengan keajaiban iaitu Nabi Isa terlahir daripada perut seorang wanita yang perawan, suci dan tiada suami iaitu bernama Siti Maryam.
Maryam merupakan anak perempuan dari lelaki pilihan Allah bernama Imran dari keturunan Bani Israil (anak-anak Nabi Yakub).
Kisah ini disingkap dari Surah Al-Imran. Pada suatu malam, malaikat Jibril diutuskan Allah untuk bertemu Maryam dimihrabnya.
Malaikat Jibril itu pun menyampaikan berita bahawa Maryam akan mengandung dan bakal melahirkan Al-Masih Isa.
Namun, Maryam kebingungan kerana mana mungkin wanita sepertinya akan mengandung walhal dia tidak pernah disentuh oleh lelaki. Jibril membalas, jika Allah berkata jadi, maka jadilah. Lalu, Jibril meniupkan roh Nabi Isa As kedalam rahim Maryam.
Maka Nabi Isa pun dilahirkan dibawah pokok Kurma di daerah berhampiran Baitul Maqdis, Palestin.
Oleh disebabkan itu, Maryam juga telah difitnah sebagai penzina oleh penduduknya, namun ia tetap sabar.
Kuiz 2. Yang manakah merupakan mukjizat Nabi Isa AS?
Nabi Isa juga dikurniakan beberapa mukjizat, antaranya :
1.Menghidupkan yang mati”
Dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah.” ( Al-Imran: 49).
2. Boleh bercakap ketika bayi
Mukjizat pertama Nabi Isa AS adalah mampu bicara saat masih bayi.
Ia diberikan mukjizat ini untuk melindungi ibunya, Siti Maryam dari fitnah lingkungan sekitar.
3. Menyembuhkan yang buta dan penyakit kusta
Nabi Isa As dapat menyembuhkan orang yang buta sama ada yang buta sejak lahir lagi atau mereka yang buta selepas diberikan kesihatan mata dengan izin Allah.
“Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku.” (Al-Ma’idah : 110).
4. Menciptakan burung hidup
Mukjizat ini boleh disaksikan masyarakat atas izin Allah SWT.
“Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah.” (Al-Imran : 49).
5. Kitab Injil
Nabi Isa as diberikan kitab Injil sebagai hujjah atas kenabiannya.
“Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi.” (Al-Maryam: 30)
KUIZ 3. Nabi Isa ditugaskan untuk membunuh?
Nabi Isa berdakwah kepada kaum Yahudi di wilayah Nazareth, namun baginda tidak disenangi golongan Sadduce iaitu salah satu puak Yahudi.
Baginda akhirnya dihukum bunuh oleh pemerintah Palestin ketika itu yang majoriti penduduknya mahukan Nabi Isa dibunuh.
Namun, ketika hendak disalib, Allah menunjukkan kekuasaanya dengan menggantikan baginda dengan Judas Iskariot yakni golongan Hawariyyun yang membelot.
Bahkan Allah telah mengangkat dan menyelamatkan Nabi Isa dengan mengangkatnya ke langit.
Perjalanan dakwah Nabi Isa diteruskan oleh golongan Hawariyyun yang taat selama 500 tahun sehingga lahirnya nabi terakhir iaitu Muhammad SAW.
Menurut tafsir Ibnu Kathir tentang peristiwa akhir zaman, ulama menafsirkan bahawa sesungguhnya apabila Nabi Isa turun ke bumi, baginda akan mengejar dajjal serta tentera-tenteranya lalu membunuh Dajjal.
“Demi Rabb yang jiwaku berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kalian (Isa) Ibnu Maryam AS sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah (pajak), dan akan melimpah ruah harta benda sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya”
(Sahih HR Abu Dawud, Ibnu Hibban dan Ahmad).
Namun, hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.
Jika inginkan lagi ilmu-ilmu yang menarik, boleh terus klik link Channel Telegram Sedekah Muslim👉 https://t.me/sedekahmuslim