fbpx

Ada orang Allah rezekikan untuk mempunyai ibu bapa yang panjang umurnya. Ada orang juga Allah pinjamkan ibu bapanya sebentar sahaja.

Tidak kira kita di pihak yang mana, dua-dua dapat berbakti dan membalas jasa mereka.

Nak tahu bagaimana? Kena la baca sampai habis >_<

Kuiz 1: Siapa yang perlu didahulukan ketika kita berharta

Ketika ibu bapa kita masih hidup, salah satu tanggungjawab kita adalah membantu mereka mengikut kemampuan kita.

Berdasarkan hadis Nabi SAW:

إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ

Maksudnya: “Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” [Riwayat Muslim (1822)]

Kuiz 2: Qadha' puasa ibu bapa yang meninggal

Setelah ibu bapa meninggal, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hutang-hutang mereka kepada Allah seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.

Daripada Ibn Abbas RA:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]

Kuiz 3: Tanggungjawab anak selepas kematian ibu bapa

Antara tanggungjawab anak selepas kematian kedua ibu bapa adalah:

1) Menunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Namun anak tidak bertanggungjawab untuk mengqadha’kan semula ibadah solat ibu bapa yang tertinggal.

2) Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu.

3) Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak akan terputus.

4) Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa.

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]

5) Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Sa’ad pernah bertanya Rasulullah SAW:

إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَلَمْ تُوصِ، أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda SAW menjawab: Ya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3654)]

6) Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.

Maka kita dah tahu apa tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita. Jom kita lakukannya sebagai tanda membalas segala jasa baik mereka.

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua, sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka.

Bagi anda yang inginkan perkongsian yang lebih menarik, ayuh join Channel Telegram SedekahMuslim.com sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada