fbpx

Selalu waktu pagi, mesti kita tengah sibuk bersiap kan? Kalau pelajar, sibuk bersiap nak pergi sekolah. Kalau yang dah bekerja, sibuk siap-siap pergi tempat kerja.

Bila kita dah tenang sikit dan ada waktu lapang sikit pagi tu, apa kata kita luangkan masa solat sunat kejap. Dapat 2 rakaat pon jadilah.

Nak tahu tak solat apa? Jom sama-sama kita ketahuinya.

Kuiz 1: Solat sunat yang dianjurkan pada waktu pagi

Solat Sunat dhuha merupakan solat sunat yang sangat digalakkan untuk kita lakukan setiap hari. Solat yang didirikan ini untuk kita memohon kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Kita boleh melaksanakan solat ini dengan merujuk setelah naiknya matahari pada waktu pagi sekitar jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.

Dalam Al-Quran turut menyatakan bahawa Allah S.W.T akan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah jika kita yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.

Rasulullah S.A.W berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti;iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dan tidur dalam keadaan yang sudah mengerjakan solat witir.”

Kuiz 2: Waktu yang dilarang untuk solat.

Dalam kita berasa nikmat dalam melakukan ibadah solat, ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan juga. Antaranya waktu yang dilarang untuk kita melaksanakan solat.

Terdapat lima waktu yang dilarang solat seperti yang disebutkan di dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah:

تحرم الصَّلَاة فِي غير حرم مَكَّة وَقت طُلُوع الشَّمْس حَتَّى ترْتَفع قدر رمح وَوقت الاسْتوَاء إِلَّا يَوْم الْجُمُعَة حَتَّى تَزُول وَوقت الاصفرار حَتَّى تغرب وَبعد صَلَاة الصُّبْح حَتَّى تطلع وَبعد صَلَاة الْعَصْر حَتَّى تغرب

Maksudnya: Diharamkan solat selain di Masjidil Haram di Mekah i) pada waktu terbit matahari sehinggalah ia naik pada kadar segalah. ii) Juga pada waktu istiwa’ (matahari rembang) kecuali pada hari Jumaat sehingga gelincir matahari. iii) Waktu senja sehingga terbenam matahari. iv) Waktu selepas solat Subuh sehingga terbit matahari. v) Waktu selepas solat Asar sehingga terbenam matahari. (Rujuk al-Muqaddimah al-Hadhramiah, 58)

Kuiz 3: Cara efektif untuk hargai waktu

Setiap dari kita mempunyai 24 jam dalam sehari, tidak akan terlebih tidak akan terkurang walau sesaat.

Namun begitu, mesti kadang-kadang kita gagal dalam mengurus masa sendiri. Betul tak?

Disini kami kongsikan empat cara untuk mengurus masa dengan lebih efektif:

1) Tidak terjebak dengan angan-angan kosong

2) Selalu tepat pada waktu (On-time)

3) Membuat turutan prioriti

4) Tidak menunda-nunda pekerjaan

Jadi, lepas dah tahu cara-cara ni boleh la kita amalkan dan urus masa dengan lebih baik. Jika anda ingin dapat banyak input dan ilmu bermanfaat, jom ikuti channel telegram ini https://t.me/sedekahmuslim 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada