Setiap manusia sudah tentu mengalami naik turunnya iman, tetapi ia juga merupakan hal yang mutlak dan harus dimiliki oleh setiap muslim.
Tanpa adanya keimanan, segalanya hanyalah kosong dan tidak akan bererti.
Oleh itu, iman yang perlu ada pada setiap muslim ialah mempercayai. Manakala maksud yang lainnya ialah membenarkan dalam hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan anggota badan.
Jadi jom kita fahami lebih lagi tentang “IMAN”.
Kuiz 1: Bilangan rukun iman
Setiap muslim harus mempercayai 6 perkara ini, iaitu rukun iman yang terdapat dalam hadis Jibril.
- Beriman kepada Allah
- Beriman kepada Para Malaikat
- Beriman kepada Kitab Allah
- Beriman kepada Para Rasul
- Beriman kepada Hari Akhirat
- Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Kuiz 2: Ciri-ciri orang beriman
- Menginfakkan daripada apa yang diberikan kepadanya (Rezekinya)
- Khusyuk saat mendirikan solat
- Menteladani sunnah Rasulullah SAW
- Bersyukur, berdoa, bertawakkal, bersabar dan berharap hanya kepada Allah SWT
- Mempunyai akhlak yang baik
- Rasa takut terhadap Allah SWT
- Hati menjadi senang mendengar Al-Quran
Kuiz 3: Peringkat-peringkat iman
Iman juga mempunyai peringkatnya yang tersendiri.
Di bawah ini kami kongsikan 5 peringkat iman.
- Iman Taqlid: Beriman hanya mengikut-ikut sahaja dan tiada alasan untuk beriman.
- Iman Ilmu: Beriman semata-mata hanya berilmu sahaja dan berdasarkan pada fikiran bukan terletak pada hati.
- Iman ‘Ayyan: Iman yang lebih tinggi daripada Iman Ilmu kerana hasil dari peningkatan iman, ilmu itu diamalkan dan dilakukan bersungguh-sungguh.
- Iman Hak: Iman yang sebenar. Mereka yang sentiasa mengingati, melihat, membesar dan mengagungkan Allah SWT.
- Iman Hakikat: Iman tertinggi dan paling sempurna. Taraf iman ini hanya dimiliki oleh para rasul dan nabi, wali-wali besar dan sahabat-sahabat Nabi SAW.
Haaa bagaimana? Adakah anda sudah jelas tentang iman ini?
Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita dan keluarga menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa, tidak dilalaikan oleh urusan dunia, sentiasa mengingati Allah dengan menjalankan segala perintah-Nya, selamat dari azab api neraka dan seterusnya tergolong dalam golongan orang yang mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
Bagi anda yang inginkan perkongsian bermanfaat setiap hari, jom ikuti Channel Telegram SedekahMuslim.com