fbpx

Ayuh Raih Keberkatan Jumaat Dengan Sedekah

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.”

(Riwayat al-Bukhari)

"Madrasah Tenat Perlu Bantuan Segera"

MUNGKIN DENGAN BANTU PELAJAR TAHFIZ INI ASBAB ANDA KE SYURGA…

Kutipan Terkini
0
Sasaran Kutipan
0 K

Keperluan Dana Adalah Untuk :

  1. Pembayaran hutang sewa beli hartanah madrasah sebanyak RM 2,000,000. 
  2. Baik pulik dan menaik taraf bangunan, asrama, kelas, dewan makan, dewan serbaguna, gelanggang dan sebagainya sebanyak RM 3,000,000. 
  3. Membantu menampung keperluan pelajar tahfiz yang merupakan anak yatim dan tergolong dalam keluarga asnaf. 
  4. Membeli van pengangkutan pelajar untuk kegunaan aktiviti luar seperti solat jumaat, jemputan dan sebagainya kerana van yang sedia ada telah uzur. 

“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

[Riwayat al-Tirmizi (662)]

Kenali Madrasah

Madrasah Tahfiz Darul Ma'wa telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2014. Terletak di Kampung Paya Lebar Batu 23 Sungai Lui (madrasah lelaki). Atas permintaan yang tinggi untuk madrasah perempuan, pihak madrasah telah menubuhkan Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa Lil Banat pada 1 Januari 2016. Madrasah ini telah mendapat sijil pendaftaran penuh dari JAIS. Tujuan penubuhan madrasah ini adalah untuk melahirkan para ilmuan al-Qur’an yang berkualiti serta menjadi pewaris ilmu terhebat pada masa akan datang

Keadaan Madrasah

Sejak ditubuhkan pada 8 tahun yang lalu, bilangan pelajar di madrasah ini semakin bertambah. Kini bilangan pelajar mencecah 73 orang.

Tetapi madrasah ini mengalami masalah kewangan dimana tidak dapat menampung pembayaran untuk membaik pulih bangunan, menaik taraf dan pendawaian semula elektrik serta membayar gaji guru dan staf.

KEJAYAAN PELAJAR

Percayalah, setiap yang disumbangkan walaupun kecil nilainya, ianya sangat besar dan bermakna buat madrasah ini. Besar manfaatnya yang akan diperoleh bagi pelajar, guru dan kaki tangan (staf) madrasah yang terlibat.

Jom bersama-sama kita berkongsi rezeki agar pengurusan madrasah ini akan lebih teratur. Tiada lagi catur mencatur bagi apa-apa bayaran bulanan dan pelajar juga dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sebaiknya.

Semoga segala pengorbanan kita akan dibalas dengan ganjaran yang berganda dan menjadi asbab kebaikan.

 

Untuk menyumbang tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah